Makanan penting otak?
Otak merupakan organ yang paling penting dalam tubuh. Ia memmbantu dalam memastikan semua sistem badan berjalan lancar seperti berdegupnya jantung dan paru-paru bernafas.
Oleh kerana itu, penting untuk memastikan otak mendapat nutrien yang terbaik melalui diet pemakanan yang diambil.
Mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat adalah 1 cara memberikan makanan untuk otak.
Tabiat melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam juga dapat memastikan tahap kesihatan otak berada pada tahap yang terbaik.
Apa jenis makanan yang baik untuk otak?
[FAKTA] – Otak terdiri daripada minimum 60% lemak, seakan-akan putih kekuningan dan lembut seperti tofu ?
Otak mempengaruhi keperibadian dan perwatakan kita. Sebab itu penting untuk kita jaga otak betul-betul.
Bila otak sihat, diri lebih bahagia dan gembira. Otak sihat, hidup pun sihat. Ni yang saya selalu pesan pada diri saya.
Ingat!
Makanan yang dimasukkan ke dalam tubuh, cara pemikiran, kehidupan yang dijalani, segala kata-kata yang diucapkan.
Kesemua ini mempunyai kesan pada otak.
Makanan apa yang perlu diambil untuk menjaga kesihatan otak?
3 MAKANAN PENTING UNTUK OTAK
1. Lemak sihat (minyak zaitun, minyak kelapa, avocado, minyak kekacang dan minyak kanola)
2. Sayuran berdaun hijau (kangkung, bayam, brokoli)
3. Protein (telur, ayam, ikan dan lain-lain)
Otak juga perlu diberi nutrisi secukupnya supaya dapat berfungsi dengan optimum.
Semoga bermanfaat
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam Sayang,
Dr Azura Hashim ❤️
Link ke telegram #notakehidupanDrAzura
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial