Manfaat tidur sekejap atau qailulllah perlu diketahui oleh semua orang. Tips hari ini saya kreditkan kepada Public Health Malaysia.
Orang luar memanggil Qailulah sebagai “nap”. Kebiasaanya “nap” ini dilakukan dari pukul 2-4 petang.
Menurut kajian menunjukan amalan “nap’ waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung. 1 minit qailullah bersamaan dengan 45 minit waktu tidur di waktu malam.
Selain itu, satu kajian lagi, secara normal manusia patut berehat setelah 6-8 jam berjaga.
Orang Islam bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. Jika kita kira dari waktu subuh hingga
pukul 12-1 tengahari sudah cukup 7-8 jam kita berjaga.
Jadi manfaat tidur sekejap waktu tengahari itu sangat sesuai dengan fitrah badan manusia.
Sekiranya terdapat sedikit masa unruk berehat, sebaiknya kita ambil peluang untuk tidur 20 minit diwaktu rehat tengah hari.
Banyak sangat manfaat yang boleh kita dapat daripadanya. In shaa Allah.
Pahala sunnah dapat, manfaat pon dapat.
MashaAllah.
6 MANFAAT TIDUR 20 MINIT DI WAKTU REHAT
1) Tindak balas lebih pantas
2) Meningkatkan tenaga
3) Menguatkan memori
4) Membantu lebih fokus dan peka
5) Melegakan stress
6) Meningkatkan mood kerja
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam sayang,
Dr Azura Hashim
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial