Mengembangkan perniagaan merupakan satu proses yang agak kritikal bagi setiap usahawan.
“Usaha bangkit mengembangkan bisnes dikala pandemik melanda” – Puan Faradiana
Bisnes yang saya jalankan ini awalnya bersama mak mertua saya kerana kami mempunyai minat yang sama. Kami menyediakan hiasan bunga bagi pelbagai jenis majlis dengan harga yang mampu milik.- Puan Faradiana
Bisnes ini merupakan hobi saya tapi bila saya sertainya saya jadi semakin semangat untuk memulakan perniagaan.
Rumah teres ini kami jadikan galeri untuk menempatkan bunga-bunga dan peralatan hiasan untuk digunakan bagi proses menyiapkan barang-barang yang dipesan. Sejak awal perkahwinan saya rasa berminat dan tertarik untuk melakukan bisnes pengubahan bunga ini.
Awal pandemik agak tertekan kerana orang tidak dapat datang ke kedai untuk melihat bunga memandangkan kami telah melaburkan banyak duit.
Jadi kami cuba cara dengan mempromosikan jualan di sosial media dan cuba untuk melakukan penghantaran bunga melalui postage.
Saya join vision board ni pada awal bulan jun, mulanya saya nak join lebih awal tetapi masa yang dilakukan agak bercanggah dengan masa saya sampai saya cuba cari masa yang sesuai untuk sertai kelas Vision Board Holistik ini.
- Apa yang saya belajar ketika itu adalah bersyukur walaupun dengan perkara yang kecil serta hargai apa sahaja yang kita ada.
- Selain itu, bagi saya support family yang kuat adalah merupakan pendorong yang amat berkesan pada diri saya ini adalah kerana family dapat inspired good circle.
- Tips seterusnya, kita tulis apa yang kita ingin capai supaya kita peka dan tak lupa apa yang kita nak
- Bila join kelas ini saya rasa macam double doa, apabila saya tulis dan doa saya rasa ianya lebih dekat pada diri saya, saya ulang perkara yang sama saya inginkan dengan tulis dan minta dalam doa saya.
Tonton video ini :
- Impak paling ketara yang saya rasa bila join Vision Board Holistik ini adalah masa saya jadi lebih teratur.
Letakan checklist pengurusan masa kita itu dekat tempat yang kita mudah lihat setiap hari. Cari guru yang related dengan apa yang kita usahakan untuk tambah ilmu dan pengetahuan yang kita inginkan.
- Mulakan dengan fokus dengan apa yang utama dahulu dan jangan stress dengan perkara seharian yang kita ingin lakukan sekaligus.
Tipsnya adalah bertenang dan buat apa yang kita suka yang dapat menghilangkan tekanan contohnya dengan bersenam.
Nasihat saya kepada mereka di luar sana yang belum menyertai Vision Board Holistik ialah daftar sekarang kerana banyak perkara yang dapat mengubah diri kita, cari ilmu baru walaupun banyak kali tidak ada yang rugi pun.
Klik sini untuk sertai kelas Webinar Vision Board Holistik untuk membantu mengembangkan lagi bisnes anda ke arah yang lebih maju dan dikenali ramai orang dengan cara-cara yang terbaik.