Menguruskan konflik adalah tugas yang sukar. Bila umur semakin ‘muda’ ni, nak hidup tenang- tenang aje. Sebab itu antara karakter ahli syurga.
Cumanya, konflik ni adalah fitrah semula jadi dalam kehidupan manusia. Bergantung kepada kita bagaimana kita mengendalikannya.
Jadi macamana nak urus konflik?
Cara-Cara Menguruskan Konflik
1. Stop
Berhenti memandang keburukan orang lain. Beri peluang. Jangan prejudge.
“Give your enemy a thousand chances to become your friend, but do not give your friend a single chance to become your enemy.” – Imam Ali (AS)
2. Be fair
Elakkan hanya mendengar sebelah pihak, siasat sebelum membuat tindakan. Jangan terburu- buru menyalahkan.
“Melukai hati seseorang itu sangat mudah, namun menyembuhkannya sangatlah susah. Berfikirlah sebelum berkata, kerana kata MAAF belum tentu bisa menyembuhkan luka.” – unknown
3. Be open
Pastikan peluang untuk berbincang sentiasa ada.
4. Forgive
Maafkan semua orang, bukan sahaja dapat mengelakkan konflik berpanjangan, malah hati akan lebih tenang dan tenteram.
“The quality of our lives depends not on whether or not we have conflicts, but on how we respond to them.” – Tom Crum
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya – sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.”
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial
Wallahulam
La hawalawala quwwata illa billah