Jom kita meningkatkan ‘Amazing’ dalam diri kita sehingga berjaya menjadi lebih baik dari diri kita yang sebelum ini.
Kenapa?
Kerana diri sendiri adalah sahabat terbaik untuk kita. Jadikan diri kita ini seronok dengan diri sendiri.
Jika kita tidak mengubahnya siapa lagi?
6 Cara Meningkatkan ‘Amazing’ Dalam Diri
1. Terima Diri Seadanya
“Put a Trust On Yourself”.
Terima diri dan sayangi diri sendiri. Siapa diri kita bergantung dengan apa yang kita mahukan.
Masa hadapan tidak boleh diubah tetapi kita boleh “plan our future”. Jangan pernah membandingkan diri dengan orang lain. Setiap orang telah diberikan keunikan oleh Allah.
2. Jangan Pernah Berhenti
“Never give up on your dreams for they are always waiting for you forever”. – unknown
Apa yang terjadi semua nya ada hikmah. Jangan pernah mengeluh, jangan pernah putus asa.
3. Meningkatkan Daya Keyakinan Diri
Bina keyakinan diri tanpa rasa takut. Kunci kejayaan hidup ialah dengan meningkatkan keyakinan diri dan kekuatan emosi.
“Self-confidence is a super power. Once you start to believe in yourself, magic starts happening.” – unknown
4. Bersyukur
Apa yang kita miliki semuanya milik Allah. Kadang-kadang kita rasa keadaan kita dah teruk, sebenarnya ada lagi yang lebih teruk daripada kita. Belajar bersyukur dari sekecil-kecil perkara hingga perkara yang besar, setiap waktu dan ketika.
Sesunguhnya jika kamu bersyukur, nescaya kami akan menambah nikmat kepadamu. (QS Ibrahim : 7)
5. Bina Dan Eratkan Hunbungan Silaturrahim
Kadangkala ada manusia yang apabila semakin meningkat dewasa, mereka akan lebih suka hidup seorang diri. Jauh dari kerenah manusia. Walupun begitu, bukan bermakna kita kena memutuskan hubungan dengan orang sekeliling.
Peruntukkan masa untuk bertanya khabar dan memastikan hubungan itu tetap ada.
Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan rezeki, dan dipangkan umurnya, maka hendaklah dia menyambung hubungan persaudaraannya.” (Sahih Bukhari, 1961)
6. Berusaha Untuk Perubahan Bermakna
Berusaha untuk perubahan diri ke arah yang lebih baik. Hidup kita adalah pengalaman yang amat bermakna yang tidak boleh dibeli.
“Believe that life is worth living and your belief will help create the fact.” – William James
Kejayaan yang paling best antaranya ialah kita berjaya jadi lebih baik dari diri kita sebelum ini. Amazing feeling.
Tiada guna kita berlawan dengan orang lain. Jika kalah buat kita rasa down.
Semoga kita dapat mempertingkatkan diri kita menjadi lebih amazing. InshaaAllah.
Let’s improve and challenge ourself
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah