I Love Myself

Mental Wellness Program

Dr. Azura’s Signature Program, part of WELLMIND Program

Pengenalan
(Mental Wellness Program)

Hari ini, ramai individu hari ini bergelut dengan masalah tidak yakin dengan diri sendiri, mempunyai self-talk yang negatif dan ada banyak keraguan pada diri. Isu ini berpunca daripada pelbagai faktor seperti pengalaman lalu, tekanan orang sekeliling, jangkaan yang tidak relevan dan pelbagai lagi. Inilah yang menyumbang kepada berlakunya isu dalam hubungan sosial, perkembangan kerjaya dan kesejahteraan mental secara keseluruhan.

Masalah ini mungkin wujud pada kekurangan sumber dan pendedahan yang berkesan untuk membantu individu memupuk rasa kasih sayang dan cinta pada diri sendiri. Walaupun mungkin di luar sana terdapat buku bantuan diri atau artikel dalam talian, sumber ini sering kekurangan struktur dan panduan yang berpanjangan untuk perubahan yang berkekalan.

Selain itu, stigma yang dikaitkan dengan mendapatkan bantuan untuk isu ini turut menyukarkan individu untuk mencari sokongan yang mereka perlukan.

Kesan Buruk

AKIBAT DARIPADA MASALAH INI, RAMAI MENGALAMI:

  1. Isu kesihatan mental: Self-esteem yang rendah boleh menyumbang kepada kebimbangan, kemurungan dan gangguan kesihatan mental yang lain.
  2. Kesukaran membentuk dan mengekalkan hubungan yang sihat: Mereka mungkin bergelut dengan isu kepercayaan, takut ditolak atau kecenderungan untuk mensabotaj hubungan.
  3. Cabaran dalam kerjaya: Mereka mungkin meragui kebolehan, mengelak daripada menghadapi cabaran baharu atau berpuas hati dengan perkara yang kurang daripada yang sepatutnya.
  4. Masalah kesihatan fizikal: Tekanan dan emosi negatif yang dikaitkan dengan self-esteem yang rendah boleh menyumbang kepada gejala fizikal, seperti sakit kepala, keletihan atau masalah penghadaman.

Seriuskah Masalah Ini?

1. Satu daripada setiap dua orang di dunia akan mengalami gangguan kesihatan mental dalam hidup mereka, menurut kajian berskala besar yang diketuai bersama oleh penyelidik dari Harvard Medical School dan Universiti Queensland. Sumber: QUEENSLAND BRAIN INSTITUTE July 31, 2023 Laman web: https://hms.harvard.edu/news/half-worlds-population-will-experience-mental-health-disorder

 

2. Dianggarkan 1 dalam 3 wanita dan 1 dalam 5 lelaki akan mengalami kemurungan yang serius dalam hidup mereka.

Sumber: (Dattani, S., Rodés-Guirao, L., Ritchie, H., & Roser, M. (2023, December 28). Mental health. Our World in Data. https://ourworldindata.org/mental-health

 

3. “Menurut laporan, punca utama tekanan bagi pekerja adalah termasuk bebanan kerja (37%), kekurangan latihan atau sokongan (30%), tekanan tinggi daripada pengurusan dan suasana persekitaran yang penuh dengan ketidakpastian (29%),”

Tempat kerja Malaysia mempunyai banyak tanggungjawab yang perlu dilakukan untuk menangani isu kesihatan mental dan sokongan tekanan secara keseluruhan untuk pekerja.

Sumber: Jobstreet by SEEK’s 2024 Hiring, Compensation and Benefits Report.

 

4. Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), dalam NHMS 2019, 2.3% orang dewasa Malaysia mengalami kemurungan.

Sumber: National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2019 – Non-communicable diseases, healthcare demand, and health literacy: Key Finding

 

5. Pendekatan yang lebih holistik terhadap pengurusan isu tekanan dan kesihatan mental di kalangan majikan mungkin dapat mengurangkan tahap tekanan, kebimbangan dan kemurungan dengan ketara dalam kalangan rakyat Malaysia, menghasilkan keputusan yang lebih baik pada tahun 2024.

Sumber: Malaysians’ mental health marginally better in 2023, but concerns remain – The Edge Malaysia Website: https://theedgemalaysia.com/node/702149

 

6. Sebanyak 4.6% (1,000,000) orang dewasa di Malaysia didapati mengalami kemurungan. Tinjauan mendapati bilangan orang yang mengalami kemurungan meningkat dua kali ganda dari 2019 hingga 2023, dan didapati lebih tinggi dalam kalangan kumpulan umur yang lebih muda, khususnya mereka yang berumur 16 hingga 29 tahun. Kira-kira satu juta individu berumur 15 tahun ke atas didapati mengalami kemurungan.

Sumber: National Health and Morbidity Survey 2023: Non-Communicable Diseases and Healthcare Demand (NHMS).

Objektif Program

Matlamat utama kursus ini adalah memberdayakan individu dalam mengembangkan cinta diri (Self Love), belas kasihan diri (Self Compassion), dan keyakinan diri (Self Confidence), yang mendorong pertumbuhan peribadi dan kesejahteraan mental secara keseluruhan.

 

Hasil Program Ini

Selepas selesai mengikuti program ini, peserta akan dapat :

  1. Memahami kepentingan cinta diri (self-love) dan impaknya dalam kehidupan terutamanya kesihatan mental dan emosi.
  2. Menyediakan alat dan teknik praktikal bagi mengembangkan belas kasihan diri dan keyakinan diri.
  3. Mewujudkan persekitaran sokongan di mana peserta boleh berkongsi, merenung, dan berkembang.
  4. Meningkatkan produktiviti dan kepuasan dalam bekerja.
  5. Menjadi pelopor perubahan positif untuk sekeliling yang lebih baik.

Kenapa Organisasi Anda Perlu Program Ini?

Tingkatkan Keyakinan Diri

Belajar cara membina keyakinan dan menghadapi cabaran dengan lebih yakin.

Atasi Self-Talk Negatif

Dapatkan alat untuk menghentikan dialog negatif yang mengganggu kesejahteraan mental.

Bina Cinta Diri

Pelajari pentingnya cinta dan belas kasihan diri untuk kehidupan yang lebih seimbang.

Perbaiki Hubungan Sosial

Program ini bantu anda memahami dan memperbaiki hubungan dengan orang sekeliling.

Kurangkan Stres & Tekanan

Kenali teknik menguruskan tekanan dan menjaga kesihatan mental anda.

Tingkatkan Produktiviti

Tingkatkan produktiviti dan keyakinan untuk menghadapi cabaran kerjaya dengan lebih baik.

Penceramah

DR AZURA HASHIM

TRANSFORMATIONAL SPEAKER
COACH
| PENULIS

KEPAKARAN

  • Kepimpinan dan Komunikasi
  • Neuro Linguistic Program
  • Analisis Tulisan Tangan – Pengurusan Pasukan
  • Pengurusan Tekanan dan Kesihatan Mental
  • Pembangunan Diri dan Pasukan (Strategic Team Building)

Dr. Azura Hashim ialah seorang jurulatih, coach, dan penulis yang bersemangat untuk menyebarkan pengetahuan tentang pembangunan diri dan manusia kepada orang ramai. Beliau mempunyai lebih 23 tahun pengalaman dalam sektor korporat termasuk telekomunikasi, pendidikan, pemasaran, dan kewangan. Dr. Azura telah berkongsi kepakarannya dengan lebih 25,000 peserta melalui program pembangunan diri. Beliau mempunyai aspirasi tinggi untuk membantu orang sekeliling meningkatkan kecekapan, kemahiran, dan potensi diri. Dengan kepakaran beliau yang digabungkan dengan pengalaman industri, Dr. Azura percaya beliau mampu menyumbang kepada masyarakat untuk mencapai kejayaan yang lebih besar dalam kehidupan, organisasi, dan negara keseluruhannya.

AS SEEN ON

Kami adalah Registered HRD Corp Training Provider

Program latihan dari kami berdaftar dengan HRD Corp. Hubungi kami untuk menggunakan dana HRD Corp syarikat anda.

Latihan Berimpak Tinggi

Dengan pengalaman yang terbukti selama lebih 10 tahun, pasukan kami bersedia untuk membantu anda mencapai matlamat anda, dan lebih lagi.

5.0 Google Review ⭐⭐⭐⭐⭐

Lead Trainer kami, Dr Azura Hashim mendapat Rating 5.0 di Google Review dan telah dinobatkan sebagai Successful People in Malaysia.

Barisan Trainer Berkaliber

Trainer-trainer kami mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang masing untuk membantu organisasi anda capai matlamat.

Antara
Pencapaian
Kami

25,000 +

peserta telah ikuti program kami secara offline dan online.

30+

Modul latihan yang boleh anda pilih

1,000 +

sesi latihan secara offline dan online telah dilakukan.

10+

konsultan yang pakar dalam bidang masing-masing

Antara Gambar Sekitar Program

Antara Testimoni Program

Antara Klien Kami

HUBUNGI KAMI

Mahukan perkembangan syarikat Yang Lebih Cemerlang?

Perlu cara dan teknik tambahan untuk team kekal bersemangat dan produktif dalam syarikat anda?

Isi borang di bawah untuk kami cadangkan solusi untuk anda.

Shopping Cart