Mewujudkan impian sangat mudah untuk dilakukan namun untuk mencapainya memerlukan usaha dan kesungguhan yang jitu.
Setiap hari kita impikan dan membayangkan tentang matlamat kita. Setiap hari, semakin kita bergerak maju, semakin dekat dengan kejayaan.
Kadang-kadang kita sangat tertumpu pada objektif kita bahawa kita tidak mempunyai masa untuk berfikir mengapa kita menginginkan kejayaan.
Apakah sebabnya? Adakah kita benar-benar memerlukannya? Adakah ia datang dalam fikiran sedar atau separa sedar?
Berikut adalah kebiasaan yang boleh membantu kita untuk mewujudkan impian.
3 Kebiasaan Untuk Membantu Anda Mewujudkan Impian
1. Menentukan Goal
GOAL adalah sebuah tujuan yang kita tetapkan. Dengan adanya GOAL kita tahu ke arah mana harus melangkah.
GOAL akan berfungsi sebagai KOMPAS untuk menuju ke tempat yang kita inginkan.
Setiap hari kita impikan dan membayangkan tentang matlamat kita. Setiap hari, semakin kita bergerak maju, semakin dekat dengan kejayaan.
2. Lakukan Tindakan Setiap Hari
Apapun impian yang dimiliki, mulailah bertindak setiap hari untuk mencapainya. Sebagai contoh, jika ingin menjadi seorang pemain bola profesional, maka berlatihlah setiap hari.
Begitu juga saat ingin menjadi pemain gitar yang hebat, maka bermainlah setiap hari.
Setiap impian memerlukan semangat dan kerja keras agar mampu mencapainya. Dengan melakukan tindakan setiap hari, maka kita akan secara bertahap menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Secara tidak langsung, kita juga akan menyedari bahawa impian yang diinginkan akan semakin dekat.
Practise Makes Perfect!
3. Miliki Waktu Untuk Fokus
Fokus adalah amat penting kerana kita boleh beri tumpuan 100% tenaga, usaha & kemampuan kita kepada sesuatu keadaan sahaja.
Sisihkan dan gunakan waktu untuk mencapai tujuan dan mengerjakan setiap impian anda. Dalam mencapai sebuah tujuan, seseorang harus memiliki fokus dan disiplin.
Jangan biarkan orang lain mencuri waktu yang telah anda jadualkan setiap harinya untuk mencapai satu kejayaan yang anda impikan.
“Things work out best for those who make the best of how things work out.”
― John Wooden
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah