Nak Capai Tujuan Hidup? Praktikkan 3 Cara Ini

Capai tujuan hidup bukanlah sesuatu yang sukar dengan cara yang betul.

 

Kita terdiri daripada tujuan utama hidup kita iaitu sebab kita bangun pada waktu pagi dan meneruskan hidup .

 

Tujuan dapat membimbing keputusan hidup, mempengaruhi tingkah laku, membentuk tujuan, memberikan panduan hidup dan mencipta makna.

 

Namun begitu, ada diantara kita masih tercari-cari tujuan hidup. Oleh itu, perkongsian pada kali ini adalah berkenaan 3 cara praktikal capai tujuan hidup.

 

3 Cara Praktikal Kita Capai Tujuan Hidup

 

 

1. Tulis/write it down

 

Mulakan dengan menulis jurnal untuk memberi kita peluang untuk meneroka dan tulis apa yang ada dalam pemikiran dibawah sedar kita.

 

Selain itu, menulis dalam kehidupan seharian kita berkenaan perasaan yang kita alami pada hari tersebut dapat mengurangkan tekanan kita serta kita dapat kenali diri kita dengan lebih mendalam.

 

Disamping itu, kita digalakkan untuk tulis rasa syukur dalam jurnal. Tujuannya kita dapat aplikasikan rasa syukur dengan rezeki yang kita ada dalam hidup.

 

 

2. Cari minat/passion kita

 

Apakah perkara yang buat kita rasa hebat dan teruja? Kenalpasti aktiviti atau Tindakan yang buat kita rasa seronok dan bersemangat untuk lakukannya.

 

Dengan cara ini kita dapat kenalpasti minat yang buat kita ada matlamat dan tujuan hidup. Matlamat tersebut adalah perkara yang kita suka lakukan yang buat kita rasa ada tujuan hidup.

 

capai tujuan hidup

 

3. Fikirkan kehidupan apa yang kita kehendaki.

 

Fikirkan perkara yang kita ingin lakukan dalam 1 tahun, 2 tahun dan 5 tahun akan datang. Adakah kita ada ambil Tindakan yang diperlukan untuk memastikan kita dalam perjalanan ke arah yang kita inginkan?

 

Lihat dan perhatikan kehidupan kita sekarang, apakah perubahan yang boleh kita ambil Tindakan dalam usaha untuk capai misi dan impian yang kita inginkan?

 

Dengan cara merefleksi semula perkara yang kita inginkan, akan membuatkan kita teringat bahawa kita ada tujuan hidup.

 

Oleh itu, marilah kita analisis semula matlamat hidup kita semula. Ingati semula dan berusaha untuk hidupkan misi dan matlamat yang mungkin kita telah lupa. Tidak terlambat untuk bangkit semula mengapai impian kita.

 
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial
 

Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

Shopping Cart