Nak hidup sihat? kekal cergas?
“Sejak kerja ni susah betul nak jaga makan. Exercise pon tak sempat. Hujung minggu nak rehat” ?
Ini ayat biasa yang kita akan dengar dan ramai yang sukar untuk maintain gaya hidup sihat.
Bagi saya satu je yang paling penting yang perlu disemat dalam otak.
Kalau nak elak sakit, kekalkan momentum untuk hidup sihat.
Usaha untuk sihat itu penting kerana Islam menitikberatkan tentang kesihatan supaya dapat beribadah dengan cantik sempurna. In shaa Allah.
Harini saya nak share tips kekal cergas
1. Jangan tinggal sarapan pagi
Sarapan pagi amat penting ia akan bekalkan sumber tenaga untuk sepanjang hari.
Sarapan pagi sebenarnya memberikan banyak manfaat pada tubuh anda.
Sarapan pagi memulakan metabolisme anda yang membantu tubuh badan membakar lebih banyak kalori pada hari tersebut.
2. Catat perkembangan senaman
Catatan dilakukan setiap minggu supaya kita konsisten melakukan aktiviti fizikal untuk kekal sihat
Aktiviti riadah seperti berbasikal, berenang dan sebagainya dapat membantu diri lebih cergas jasmani dan rohani.
3. Cari kawan yang sama tujuan
Kawan sangat penting dalam kehidupan kerana siapa kawan kita dapat menentukan hala tuju kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika nanti rasa malas itu datang, ada kawan yang akan push kita mengejar ‘Goal’ sama-sama.
Semoga bermanfaat
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam Sayang,
Dr Azura Hashim❤️
Link ke telegram #notakehidupanDrAzura
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial
Handwriting Personality dan Cara Mengenal Pembohong Melalui Tulisan Tangan
Handwriting personality atau analisis tulisan tangan ialah satu kaedah untuk mengenal pasti ciri-ciri dan sifat keperibadian seseorang melalui cara mereka menulis. Teknik ini membolehkan kita