Nasihat Buat Diri

nasihat buat diri

Nasihat buat diri sendiri?
 
Anda rasa dengan membandingkan diri anda dengan orang lain itu menjadi satu motivasi?
 
Teruskan kerana ia akan membuat anda lebih bersemangat untuk mencapai impian.
 
Tetapi jika membandingkan kejayaan orang lain itu menjadi satu beban dalam diri anda. Tolong hentikan sekarang.
 
Setiap orang melalui perjalanan dan ujian yang berbeza. Kita hanya perlu melakukan yang terbaik semampu kita dan bahagiakan diri sendiri dahulu.
 
Kerana apabila kita merasa bahagia, kita akan menjadi tenang dan mudah untuk menguruskan hal-hal yang mendatang. In shaa Allah.
 
 
3 NASIHAT UNTUK DIRI
 
1. Hidup di dunia adalah sebuah perjalanan dan bukan destinasi
“Hidup adalah perjalanan. Bagaimana kita melakukan perjalanan, terserah kita. Kita bisa mengalir begitu saja atau mengikuti impian kita sendiri.” – Paulo Coelho
 
2. Apa yang berlalu biarkan berlalu
Belajar dari masa lalu, hidup untuk hari ini, berharap untuk hari esok.” – Albert Einstein
 
Perkara yang lalu tidak perlu di bincangkan kembali, fokus dengan masa hadapan dan impian hidup anda. Insha Allah hidup akan lebih tenang dan bahagia.
 
3. Setiap hari adalah hari baru
Jadi jangan terpaku pada masa lalu, bergeraklah ke depan. Nikmati apa yang kau miliki hingga hari ini. Sentiasa bersyukur memulakan hari baru.
 
 
 
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
 
Salam sayang,
Dr Azura Hashim❤
 
Link ke telegram #notakehidupanDrAzura
? https://t.me/drazuraofficial

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

Shopping Cart