Kesihatan Mental dan Pengurusan Emosi
Mental Wellness Program
Dr. Azura’s Signature Program, part of WELLMIND Program
Pengenalan
(Mental Wellness Program)
Kehidupan tidak lari dengan cabaran dan tekanan. Tekanan untuk mencapai kejayaan, memenuhi kehendak majikan, pelanggan dan pesaing dan juga menguruskan kewangan. Sekiranya pengurusan emosi ini tidak diberi perhatian sewajarnya, ianya boleh menyebabkan tekanan dan keletihan mental.
Tekanan yang berlebihan dan keletihan mental boleh membawa kepada masalah kesihatan seperti insomnia, sakit kepala, dan tekanan darah tinggi. Ia juga boleh menjejaskan fokus, kreativiti, dan keupayaan untuk membuat keputusan yang rasional.
Kesan Buruk
Akibat dari masalah ini, ramai yang mengalami :
- Tekanan dan keletihan mental: Tekanan untuk berjaya, memenuhi jangkaan pelanggan, majikan dan pesaing, serta menguruskan kewangan boleh menyebabkan tekanan dan keletihan mental.
- Masalah kesihatan: Tekanan kronik dan keletihan mental boleh membawa kepada masalah kesihatan seperti insomnia, sakit kepala, dan tekanan darah tinggi.
- Penurunan produktiviti: Tekanan dan keletihan mental boleh menjejaskan fokus, kreativiti, dan keupayaan untuk membuat keputusan, yang seterusnya boleh menurunkan produktiviti.
- Ketidakseimbangan kerja dan kehidupan peribadi: Ramai individu sering bekerja berjam-jam lamanya dan mengabaikan kehidupan peribadi mereka. Ini boleh membawa kepada masalah dalam hubungan dan keluarga. Dan akhirnya menjejaskan prestasi semasa bekerja.
Program ini direka khas untuk membantu individu menguruskan tekanan dan meningkatkan kesihatan mental mereka. Program ini akan membekalkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran dan tekanan, serta meningkatkan daya tahan mental dan akhirnya mampu mencapai kejayaan yang mampan.
Seriuskah Masalah Ini?
1. Satu daripada setiap dua orang di dunia akan mengalami gangguan kesihatan mental dalam hidup mereka, menurut kajian berskala besar yang diketuai bersama oleh penyelidik dari Harvard Medical School dan Universiti Queensland. Sumber: QUEENSLAND BRAIN INSTITUTE July 31, 2023 Laman web: https://hms.harvard.edu/news/half-worlds-population-will-experience-mental-health-disorder
2. Dianggarkan 1 dalam 3 wanita dan 1 dalam 5 lelaki akan mengalami kemurungan yang serius dalam hidup mereka.
Sumber: (Dattani, S., Rodés-Guirao, L., Ritchie, H., & Roser, M. (2023, December 28). Mental health. Our World in Data. https://ourworldindata.org/mental-health
3. “Menurut laporan, punca utama tekanan bagi pekerja adalah termasuk bebanan kerja (37%), kekurangan latihan atau sokongan (30%), tekanan tinggi daripada pengurusan dan suasana persekitaran yang penuh dengan ketidakpastian (29%),”
Tempat kerja Malaysia mempunyai banyak tanggungjawab yang perlu dilakukan untuk menangani isu kesihatan mental dan sokongan tekanan secara keseluruhan untuk pekerja.
Sumber: Jobstreet by SEEK’s 2024 Hiring, Compensation and Benefits Report.
4. Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), dalam NHMS 2019, 2.3% orang dewasa Malaysia mengalami kemurungan.
Sumber: National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2019 – Non-communicable diseases, healthcare demand, and health literacy: Key Finding
5. Pendekatan yang lebih holistik terhadap pengurusan isu tekanan dan kesihatan mental di kalangan majikan mungkin dapat mengurangkan tahap tekanan, kebimbangan dan kemurungan dengan ketara dalam kalangan rakyat Malaysia, menghasilkan keputusan yang lebih baik pada tahun 2024.
Sumber: Malaysians’ mental health marginally better in 2023, but concerns remain – The Edge Malaysia Website: https://theedgemalaysia.com/node/702149
6. Sebanyak 4.6% (1,000,000) orang dewasa di Malaysia didapati mengalami kemurungan. Tinjauan mendapati bilangan orang yang mengalami kemurungan meningkat dua kali ganda dari 2019 hingga 2023, dan didapati lebih tinggi dalam kalangan kumpulan umur yang lebih muda, khususnya mereka yang berumur 16 hingga 29 tahun. Kira-kira satu juta individu berumur 15 tahun ke atas didapati mengalami kemurungan.
Sumber: National Health and Morbidity Survey 2023: Non-Communicable Diseases and Healthcare Demand (NHMS).
Statistik
Gambar 1: Isu Kesihatan Mental Malaysia dan Global untuk 2018-2023
Kesihatan mental semakin membimbangkan di Malaysia. Pada 2018, hanya 16% rakyat Malaysia menganggapnya sebagai isu kesihatan utama. Namun pada 2023, jumlah ini telah meningkat kepada 44%. Ini lebih tinggi daripada purata global, iaitu 41%. Data itu juga menunjukkan bahawa wanita, terutamanya dari generasi muda (Gen Z dan Milenium) cenderung untuk mendapat isu kesihatan mental.
Gambar 2: Hari Kesihatan Mental 2023, Infografik Bernama
1 daripada 8 orang di seluruh dunia hidup dengan isu kesihatan mental. Ianya memberi kesan kepada kesihatan fizikal, hubungan sosial dan kerjaya.
Meningkatkan kesedaran tentang isu kesihatan mental di Malaysia dan di peringkat global, memperjuangkan hak individu dan menggalakkan masyarakat yang lebih inklusif dan menyokong membantu mengurangkan kadar masalah isu kesihatan mental.
Gambar 3: Indeks Kesihatan Mental Belia 2023
Peningkatan ketara dalam masalah kesihatan mental, terutamanya kemurungan dan kebimbangan, dari tahun 2020 hingga 2022. Peningkatan kecenderungan bunuh diri antara tahun 2019 dan 2020 juga membimbangkan, sebilangan besar golongan muda di Malaysia sedang bergelut dengan kesejahteraan mental mereka. Di sini wujudnya keperluan mendesak untuk memberikan perhatian kepada sokongan kesihatan mental untuk golongan muda di Malaysia.
Gambar 4: Laporan DASS-21 or Depression, Anxiety and Stress Scale-21
Graf menunjukkan keputusan DASS-21, alat penilaian psikologi yang digunakan untuk mengukur tahap kemurungan, kebimbangan dan tekanan di Malaysia dari 2021 – 2023. Secara keseluruhan, graf menunjukkan sedikit peningkatan dalam kesihatan mental rakyat Malaysia dari 2022 hingga 2023, manakala keputusan untuk kemurungan dan kebimbangan kekal tinggi.
Objektif Program
Matlamat utama kursus ini adalah untuk membangunkan kesedaran tentang kesihatan mental dan pengurusan emosi. Program ini juga membina motivasi dan memupuk kesejahteraan emosi dan mental. Hasilnya, ia meningkatkan kesejahteraan mental dan fizikal pekerja, yang membawa kepada peningkatan produktiviti dalam organisasi.
Hasil Program Ini
Selepas selesai mengikuti program ini, peserta akan dapat :
- Mengenal pasti tanda-tanda dan gejala masalah kesihatan mental dan emosi.
- Menerapkan strategi untuk mengurus tekanan, emosi, dan kebimbangan.
- Membina daya tahan mental dan emosi bagi individu untuk bangkit daripada cabaran.
- Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya kesihatan mental dan emosi.
- Meningkatkan motivasi untuk meningkatkan produktiviti.
Kenapa Organisasi Anda Perlu Program Ini?
Atasi Tekanan & Keletihan
Pelajari cara menguruskan tekanan untuk elakkan burnout dan keletihan mental.
Tingkatkan Kesihatan Fizikal & Mental
Kurangkan risiko insomnia, sakit kepala, dan masalah kesihatan lain akibat tekanan.
Perbaiki Produktiviti
Kembalikan fokus dan kreativiti untuk membuat keputusan yang lebih baik di tempat kerja.
Seimbangkan Kerjaya & Kehidupan
Cipta keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi bagi meningkatkan kepuasan hidup.
Bina Daya Tahan Emosi
Kuatkan ketahanan mental untuk bangkit daripada cabaran hidup dan kerja.
Tambah Motivasi & Prestasi
Dapatkan dorongan untuk kekal bermotivasi dan meningkatkan prestasi kerja.
Penceramah
DR AZURA HASHIM
TRANSFORMATIONAL SPEAKER
COACH | PENULIS
KEPAKARAN
- Kepimpinan dan Komunikasi
- Neuro Linguistic Program
- Analisis Tulisan Tangan – Pengurusan Pasukan
- Pengurusan Tekanan dan Kesihatan Mental
- Pembangunan Diri dan Pasukan (Strategic Team Building)
Dr. Azura Hashim ialah seorang jurulatih, coach, dan penulis yang bersemangat untuk menyebarkan pengetahuan tentang pembangunan diri dan manusia kepada orang ramai. Beliau mempunyai lebih 23 tahun pengalaman dalam sektor korporat termasuk telekomunikasi, pendidikan, pemasaran, dan kewangan. Dr. Azura telah berkongsi kepakarannya dengan lebih 25,000 peserta melalui program pembangunan diri. Beliau mempunyai aspirasi tinggi untuk membantu orang sekeliling meningkatkan kecekapan, kemahiran, dan potensi diri. Dengan kepakaran beliau yang digabungkan dengan pengalaman industri, Dr. Azura percaya beliau mampu menyumbang kepada masyarakat untuk mencapai kejayaan yang lebih besar dalam kehidupan, organisasi, dan negara keseluruhannya.
AS SEEN ON
Kami adalah Registered HRD Corp Training Provider
Program latihan dari kami berdaftar dengan HRD Corp. Hubungi kami untuk menggunakan dana HRD Corp syarikat anda.
Latihan Berimpak Tinggi
Dengan pengalaman yang terbukti selama lebih 10 tahun, pasukan kami bersedia untuk membantu anda mencapai matlamat anda, dan lebih lagi.
5.0 Google Review ⭐⭐⭐⭐⭐
Lead Trainer kami, Dr Azura Hashim mendapat Rating 5.0 di Google Review dan telah dinobatkan sebagai Successful People in Malaysia.
Barisan Trainer Berkaliber
Trainer-trainer kami mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang masing untuk membantu organisasi anda capai matlamat.
Antara
Pencapaian
Kami
25,000 +
peserta telah ikuti program kami secara offline dan online.
30+
Modul latihan yang boleh anda pilih
1,000 +
sesi latihan secara offline dan online telah dilakukan.
10+
konsultan yang pakar dalam bidang masing-masing
Antara Gambar Sekitar Program
Antara Testimoni Program
Antara Klien Kami
HUBUNGI KAMI
Mahukan perkembangan syarikat Yang Lebih Cemerlang?
Perlu cara dan teknik tambahan untuk team kekal bersemangat dan produktif dalam syarikat anda?
Isi borang di bawah untuk kami cadangkan solusi untuk anda.