Penjagaan Diri Media Sosial

penjagaan diri media sosial

Penjagaan diri di media sosial amat penting kerana ia mampu mempengaruhi kehidupan kita lebih daripada yang kita fikirkan.

Ia boleh mempengaruhi mood kita bergantung pada kandungan yang kita lihat.

Oleh itu antara cara penjagaan diri di sosial media yang kita boleh lakukan ialah:

 

1. Ikuti akaun yang memberi inspirasi

Instagram terkandungi pelbagai maklumat dari serata pelusuk dunia. Banyak akaun yang boleh dijadikan ilham sebagai contoh akaun tutorial memasak.

2. Mengehadkan penggunaan telefon

Perlu ada kawalan diri dalam melayari media sosial. Rancang tugasan anda agar masa yang digunakan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.

3. Membuat posting kandungan dengan empati dan kebaikan

Media sosial boleh digunakan secara baik atau buruk. Jadikan media sosial tempat menyebarkan kebaikan dan manfaat.

4. Nyahikuti akaun pencetus/pengaruh buruk

Terdapat banyak akaun negatif yang menyebarkan keburukan. Lindungi diri daripada mengikuti akaun seperti itu.

5. Matikan notifikasi seketika jika perlu

Semasa hendak melaksanakan suatu tugasan, matikanlah notifikasi media sosial untuk mengelakkan gangguan.

Kita hendaklah ingat bahawa setiap suapan sosial media yang kita lihat adalah tanggungjawab sendiri.

Pilihlah apa yang terbaik untuk kesihatan fizikal dan mental kita.

Yang paling penting, jangan biarkan media sosial mengawal hidup kita.

 

penjagaan diri media sosial

Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah

Salam sayang,
Dr Azura Hashim

Link ke telegram #notakehidupanDrAzura

https://t.me/drazuraofficial

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

Shopping Cart