Perbaiki diri adalah satu proses mematangkan diri dan proses untuk mengubah kebiasaan yang negatif kepada kebiasaan yang lebih baik.
“Dr, saya takut la untuk buat sesuatu keputusan sebab saya takut silap”
Setiap manusia tidak terlepas dari membuat kesilapan. Namun kesilapan bukanlah untuk kita menyesal sahaja.
Tetapi ia adalah salah satu cara untuk kita belajar untuk menjadi lebih baik.
Sentiasa memperbaiki dan belajar benda baru setiap hari supaya kita menjadi hebat! Luar biasa! In shaa Allah
5 cara untuk memperbaiki diri:
1. Membaca buku
Membaca berfungi untuk mencambah minda. Minda yang aktif dapat melambatkan proses penyakit Alzheimer’s dan Dementia.
Membaca juga dapat mengurangkan tekanan diri. Apabila anda membaca, anda akan fokus kepada karakter dan plot yang terdapat dalam buku tersebut.Ia dapat membuatkan jiwa anda menjadi tenang.
2. Jadikan kesalahan masa lalu sebagai pengajaran
Tumpukan pada apa yang anda ingin capai pada masa depan, bukan pada perkara yang telah berlaku di masa lalu.
3. Berfikiran terbuka
Fikiran terbuka adalah penerimaan terhadap idea-idea baru serta penerimaan pandangan dan pengetahuan orang lain .
Marilah kita melahirkan generasi tanpa mengira usia tua atau muda yang berapandangan jauh dan kreatif untuk kebaikan bersama.
4. Menerima kritikan yang membina
Terdapat dua jenis kritikan iaitu kritikan membina dan kritikan yang berunsur negatif. Dua jenis kritikan ini sangat penting untuk diambil tahu bagi memastikan kelemahan diri dapat dikenalpasti dan perbaiki.
5. Masuk dalam ‘circle’ yang membantu anda
Circle yang positif amat penting dalam pembangunan diri anda. Pilih circle yang dapat memberi semangat dan membantu anda mencapai impian kehidupan.
Semoga bermanfaat?
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam sayang,
Dr Azura Hashim❤️
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial