Setiap hari berhadapan dengan berbagai bentuk emosi, contohnya perasaan sedih. Untuk mengatasinya, ada beberapa petua senang hati yang boleh kita amalkan.
Perasaan sedih wujud disebabkan oleh pelbagai sebab seperti teguran dari orang atasan atau kehilangan orang yang dicintai.
Walaupun boleh bersedih dan menangis, emosi ini sukar untuk diredakan.
Jadi, bagaimana cara mengubah hati yang sedih menjadi senang?
3 PETUA SENANG HATI
1. BERSANGKA BAIK
Apabila hati bebas daripada sangka buruk, maka yang ada dalam hati adalah sangkaan yang baik-baik saja.
2. BERSYUKUR
Bersyukur merupakan berterima kasih atas segala yang telah diberikan, yang sedang diberikan dan yang akan diberikan oleh Allah kepada kita. Allah berjanji akan menambah nikmat-Nya lagi jika kita bersyukur
3. MEMAAFKAN
Ketahuilah bahawa apabila memaafkan orang lain, ia bukan sahaja membuatkan hati si pesalah tadi berasa tenang, tetapi Allah turut akan menurunkan ketenangan itu kepada kita.
Bahkan, Allah juga begitu memuliakan mereka yang memaafkan orang lain.
“Sesungguhnya Allah itu maha berkuasa mintala apa saja tanpa jemu, pasti dapat cuma lambat dan cepat sahaja yang kita sebagai manusia tidak tahu”
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial
Salam Sayang,
Dr Azura Hashim