Rule 80/20 atau dikenali sebagai “prinsip Pareto” adalah dalam apa keadaan, 20 peratus daripada input atau aktiviti bertanggungjawab untuk 80 peratus daripada hasil atau keputusan.
5 TIPS BAGAIMANA HENDAK GUNA 80/20 RULE UNTUK BUAT KEPUTUSAN.
Setiap manusia mempunyai pilihan, pilihan yang ada mungkin akan bawa kita kearah kebaikan ataupun kearah keburukan. Oleh itu, amat penting untuk kita berhati-hati dalam memilih dan membuat sesuatu agar keputusan tersebut akan bawa manfaat dan kebaikan kepada kita.
“Mengambil keputusan itu seperti bermain catur yang hendak menjalankan perwiranya.”
Jadi di sini terdapat 5 tips bagaimana hendak guna 80/20 rule untuk buat keputusan.
• Kenalpasti tugas 80/20.
Ambil sehelai kertas dan tuliskan perkara apa yang kitab oleh lakukan pada kehidupan seharian. Kemudian, bulatkan pada tugasan yang boleh beri hasil terbaik kepada kerja kita.
Akhir sekali, sekiranya kita ada ketua atau boss, tanya dia apakah perkara yang paling penting dalam hidupnya. Lakukan juga pada kehidupan peribadi kita.
• Bertanyakan soalan yang mudah.
Apabila kita berdepan dengan potensi projek baru atau tugasan, tanyakan satu soalan mudah: “Adalah tugasan ini membantu atau menjejaskan 80% aktiviti saya?”
• Buang atau delegasikan (bahagikan) tugas.
Senarai projek kita tidak seharusnya dipenuhkan dengan perkara yang tidak bermanfaat. Sekiranya satu aktiviti tersebut tidak membawa sebarang kepuasan atau hasil yang boleh diukur, jadi kita harus buangnya. Sama ada kita boleh bagi kepada orang lain (delegasi) atau buang sepenuhnya.
• Jangan tambah, gantikan.
Ingat, masa kita adalah terhad. Sekiranya kita rasa sebuah projek baru adalah penting dan mampu untuk laksanakannya, maka ia harus menggantikan aktiviti bernilai rendah.
• Berlatih dengan creative Procrastination
Apabila kita tahu bahawa sebuah projek bukanlah 80% aktiviti, jadi ianya adalah okay untuk ketepikan dahulu dan letakkan dalam senarai “ suatu hari/someday”. Kita akan tangguhkan Tindakan ini dengan pemahaman yang kita akan lakukannya sekiranya ia menjadi perkara penting kelak dalam hidup kita.
Berlatih dengan 80/20 rule merupakan skill yang mengambil masa untuk dibentuk. Pada mulanya, ianya menjadi sukar untuk lepaskan projek yang suatu ketika dahulu kita anggap penting.
Pada akhirnya, walaubagaimanapun, kita akan mengembangkan pemahaman intuitif tentang apa yang berharga dan apa yang membuang masa kita.
“If you don’t do the choosing, life will choose for you, and it may not be the choice you want.”—Robert Anthony.
Salam Sayang,
Dr. Azura.❤
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial
Handwriting Personality dan Cara Mengenal Pembohong Melalui Tulisan Tangan
Handwriting personality atau analisis tulisan tangan ialah satu kaedah untuk mengenal pasti ciri-ciri dan sifat keperibadian seseorang melalui cara mereka menulis. Teknik ini membolehkan kita