Amalan rutin pagi untuk otak yang cerdas. Ianya akan membentuk habit. Pagi yang hebat, akan menjadikan sepanjang hari anda yang lebih produktif.
7 Rutin Pagi Untuk Otak Yang Cerdas
1. Syukur
Bangun dengan dimulakan dengan bersyukur. Duduk tenang- tenang di tepi katil dan sebutkan kesyukuran satu persatu. Contohnya, Allah masih izinkan bernafas, peluang untuk menjadi lebih baik.
2. Kemas katil
Ini mengambil konsep, ‘How do you do anything, is how you do everything”.
3. Minum air
Saya memang letak sebotol air sebelah katil. Bangun tidur senang boleh terus minum.
4. Berus gigi
Cuba berus dengan tangan yang berlainan. Contohnya, jika kita kidal beruslah dengan tangan kanan. Kajian mengatakan ianya boleh mengaktifkan seluruh otak.
5. Mandi dengan air biasa
Maknanya bukan pakai hot shower. Bagus untuk ‘reset nervous system’ dan berada di keadaan ‘theta state’. Ini dipanggil ‘state of creativity’.
6. Journaling
90% orang yang berjaya menulis jurnal. Disini boleh tulis apa yang kita nak lakukan dan apa yang kita nak elak dari lakukan.
7. Yang paling penting, bangun awal sebelum ayam berkokok. Iaitu waktu tahajud
Jadikan ianya ‘Me Time’. In shaa Allah, seluruh hari akan menjadi lebih fokus, tenang dan lebih baik.
Keadaan begini juga di kenali sebagai ‘Mindfulness practice’ oleh orang barat.
Sebenarnya, Allah kurniakan kita otak sama aje saiznya. Bagaimana kita nak optimize otak sahaja.
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah
Nak menjadikan sehari-harian anda lebih teratur?
Dapatkan Jurnal Grafologi Diri di sini.