Sikap ketika dalam masalah perlu ditikberatkan kerana setiap yang hidup pasti akan diuji.
Tidak kira apa juga masalah yang datang. Anda harus kekal tenang dalam menanganinya.
Setiap masalah yang datang itu pasti ada jalan penyelesaian terbaik dan hikmah di sebaliknya. Kerana Allah tidak menjadikan sesuatu perkara itu dengan sia-sia.
Perkara paling penting ketika anda sedang dalam masalah ialah:
Sabar
Memang mudah untuk dilafazkan tapi percayalah “ Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (Al-Baqarah: 153)
Cuba untuk kawal emosi anda kerana apabila emosi di luar kawalan, anda tidak akan dapat untuk membuat keputusan dengan lebih tepat. Sekaligus masalah anda akan berlarutan malah akan bertambah buruk.
Kekal positif
Apabila kita kekal positif, ia boleh menjaga kesihatan mental dan stress akan berkurangan. Kurangkan overthinking kerana ia akan membuatkan anda serabut dan masalah tak akan selesai. In shaa Allah
Hadapi realiti
Terima masalah itu, redha dan usaha untuk menyelesaikannya. Serahkan urusan kita kepada Allah SWT. Kita tidak diuji dengan masalah yang diluar kemampuan hambaNya.
Dr Yusuf Qaradawi menyatakan seorang Islam harus reda terhadap diri sendiri dan Tuhannya, alam dan hidup, takdir serta rezeki yang dikurniakan Allah SWT.
” Orang yang kuat bukan mereka yang selalu menang. Melainkan mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh.” – Kahlil Gibran
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam sayang,
Dr Azura Hashim❤️
Link ke telegram
#notakehidupanDrAzura
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial