Ramai yang nak rezeki banyak. Cumanya maksud rezeki ni luas.
Rezeki adalah apa sahaja yang memberi manfaat kepada kita dari segi material atau bukan material.
Ini adalah termasuklah duit, makanan, kereta, rumah, kesihatan yang baik, keupayaan bekerja, idea, ilmu, taufik dan hidayah dan sebagainya.
Semua ini membantu kita untuk membina dan memburu impian hidup yang lebih baik.
Oleh itu, di sini saya ingin kongsikan strategi-strategi yang berupaya untuk menjemput rezeki agar kita dikurniakan kehidupan yang dirahmati Allah di dunia mahupun di akhirat.
11 Strategi Menjemput Rezeki
1. Jaga ALLAH, ALLAH akan menjaga kita – Contohnya solat awal waktu
2. Amalan Solat dhuha
3. Sentiasa berzikir
4. Berbanyakkan baca Asmaul Husna
5. Solat malam – Contohnya solat Tahajud, solat Hajat dan solat Witir
6. Banyakkan bersedekah
7. Sentiasa bersyukur, sentiasa berlapang dada tentang rezeki
8. Banyakkan beristighfar
9. Berbaik kepada ibu bapa
10. Banyakkan berdoa dan juga mendoakan orang lain
11. Berusaha dengan tekun
In Shaa ALLAH, jika buat apa yang ALLAH suka, rezeki akan datang dari setiap penjuru.
Di petik dari buku bertajuk ‘Mudahnya Menjemput Rezeki’ karya Fathuri Salehuddin (2012).
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah
Ingin mendidik diri sentiasa mensyukuri nikmat Allah berikan?
Mari dapatkan Jurnal Grafologi Diri anda sekarang!