Sukar Untuk Berjaya

Sukar untuk berjaya? Ada beberapa faktor yang menyekat diri seseorang untuk terus bergerak mencapai impian dalam kehidupan mereka.
 
BURUK YANG MEMBUAT SESEORANG SUKAR UNTUK BERJAYA.
 
 
1. BERFIKIR, BERCAKAP DAN MELAKUKAN PERKARA NEGATIF
 
Orang ini sentiasa melihat sesuatu sebagai masalah, malah dalam peluang yang baik pun mereka masih fikirkan masalah yang akan mendatang sampaikan terlupa cara untuk bertindak positif kerana terlalu banyak negatif dalam diri.
 
 
2. LEBIH BANYAK BERCAKAP DARI MENDENGAR
 
Orang yang banyak bercakap biasanya kurang berfikir dan kurang mendengar nasihat orang lain. Mereka ingin menjadi tumpuan dan perhatian dan apa yang mereka cakapkan itu adalah sesuatu yang masih belum dikecapi.
 
 
3. TIDAK PANDAI MEMILIH RAKAN
 
Memang kita tidak boleh diskriminasi terhadap orang lain tetapi kita perlu berhati-hati dalam memilih dengan siapa kita ingin bergaul kerana orang sekeliling adalah pengaruh besar kita. Jika negatif yang dibawa, maka negatiflah kita.
 
 
4. TIDAK MEMPUNYAI PERANCANGAN
 
Terlalu ramai ambil mudah tentang perkara ini sedangkan ia sangat penting. Bak kata pepatah orang putih, “if you fail to plan then you plan to fail”. Sekecil kecil perancangan untuk mencapai matlamat itu adalah kunci kepada kejayaan.
 
 
5. TERLALU PEDULI DENGAN KRITIKAN NEGATIF
 
Tiada siapa yang mampu memuaskan hati semua orang. Jika anda ingin terlalu mengambil kira tentang pandangan orang sekeliling, maka anda akan susah untuk berjaya. Ambil kritikan yang membina sebagai pengajaran dan jika tidak biarlah ia berlalu tanpa memikirkan apa apa.
 
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah
 
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial ?
 
Salam sayang,
Dr Azura Hashim❤️
 
Link ke telegram #notakehidupanDrAzura
 
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

Shopping Cart