Takut tidak cukup baik?
Kebiasannya perasaan begini wujud disebabkan masa lalu yang traumatis. Perkara ini biasanya akan menyebabkan seorang tersebut rasa harga diri telah musnah, tidak percaya kepada orang lain dan berasa diri harus bertanggungjawab atas segala sesuatu yang dialami.
Rasa percaya terhadap diri sendiri sangat penting bukan sahaja untuk tampil yakin dihadapan orang lain, sebaliknya kemampuan menghormati diri sendiri, optimis, rasa bahagia serta bertindak rasional dalam melakukan sesuatu.
Kepercayaan kepada diri sendiri sangat penting kerana kekurangan rasa percaya pada diri sendiri boleh memberi impak negatif kepada kehidupan seharian termasuk kesihatan mental.
1. JANGAN ANGGAP ORANG SEDANG MENILAI ANDA
Anda bukan pembaca minda. Apabila anda takut seseorang menilai anda, apa yang anda lakukan sebenarnya adalah menilai diri anda sendiri dan perbaiki kelemahan diri.
2. CARI BUKTI YANG BERTENTANGAN
Kenali bahawa kepercayaan negatif anda tidak semestinya benar dan cari bukti untuk bercanggah dengannya.
3. AMALAN DIRI SECARA BERKALA
Visualisasikan diri anda tanpa rasa takut tidak cukup baik. Fikirkan apa yang akan anda ubah, cuba atau cipta dalam hidup anda jika anda tidak mempunyai ketakutan ini.
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah
Salam Sayang,
Dr Azura Hashim
Link ke telegram
#notakehidupanDrAzura
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial
Handwriting Personality dan Cara Mengenal Pembohong Melalui Tulisan Tangan
Handwriting personality atau analisis tulisan tangan ialah satu kaedah untuk mengenal pasti ciri-ciri dan sifat keperibadian seseorang melalui cara mereka menulis. Teknik ini membolehkan kita