Tambah Keyakinan Diri

tambah keyakinan diri

Keyakinan diri adalah apabila anda percaya bahawa anda akan berjaya dalam apa yang anda lakukan. Keyakinan berkait rapat dengan harga diri.
 
 
Hari itu saya ada jemputan untuk beri ‘talk’. Ada satu slot pengisian untuk peserta menulis apa yang disukai tentang diri sendiri dan apa kelebihan mereka. ?
 
 
Saya minta tuliskan 5 setiap satu dan selepas beberapa minit, ada orang yang susah nak tuliskan apa kelebihan yang dia ada.
 
 
Bukan sebab dia tak tahu tetapi dia takut kalau nanti ‘riak’ pula.
 
 
MashaAllah, jom saya kongsi tips supaya anda buat ini untuk rasa syukur atas kurniaan Allah dan bukan untuk meriak.
 
 

TIPS TAMBAH KEYAKINAN DIRI

 
1. Senaraikan perkara yang kita suka tentang diri untuk tambah keyakinan diri kita
 
2. Berhenti membandingkan diri dengan orang lain
 
3.Luangkan masa di hadapan cermin untuk buat ‘self-affirmation
 
 
Setiap apa yang anda rasa sebagai kelebihan itu, anda tuliskan ‘Terima kasih dan syukur Ya Allah, Engkau telah kurniakan saya ….. Engkaulah pemilik segala sesuatu yang ada di atas muka bumi ini”
 
 
Dia terus tersenyum ☺️ dan boleh menulis tentang kelebihan dirinya. Dengan cara ini, kita telah meluahkan syukur atas kurniaanNya. In shaa Allah.
 
 
Be Positive. Be Kind. Spread LOVE.
 
 
tambah keyakinan diri
 
 
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
 
 
Salam sayang,
Dr Azura Hashim ❤️
 
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

Shopping Cart