The Power of Organizational Alignment

Teambuilding Training in Malaysia

Dr. Azura’s Signature Program, part of TEAMMASTER Program

Pengenalan
(Teambuilding Training in Malaysia)

Kejayaan sesebuah organisasi turut disumbangkan oleh pasukannya. Dengan adanya pasukan yang mantap dan jitu dalam merealisasikan strategi organisasi, ianya dapat meningkatkan produktiviti dan seterusnya menjana KPI yang baik. Namun, dalam usaha mencari dan memilih individu yang sesuai untuk setiap tugasan ada cabarannya.

Kombinasi karakter, potensi dan kemahiran yang sesuai dapat menjadikan sesuatu tugasan itu dibuat secara efektif dan mencapai tujuan. Pentingnya mempunyai kekuatan yang mantap dalam mencapai tujuan yang lebih besar.

Membekalkan pengetahuan, kemahiran kepemimpinan, kemahiran komunikasi, pengurusan konflik dan pendedahan bagaimana menentukan posisi dapat menjana produktiviti yang baik.

Program yang disusun khas ini dirancang untuk membantu individu mencapai dan menggugah potensi mereka ke tahap yang lebih tinggi. Program ini akan melibatkan pelbagai aspek dalam memantapkan diri individu untuk organisasi anda.

Kesan Buruk

Kurangnya pemahaman untuk membangunkan diri, kurangnya etika komunikasi dan pengurusan yang tidak strategik boleh membantutkan produktiviti kerja yang efektif. Hal ini sangat berkaitan dengan produktiviti, hubungan rakan sekerja dan organisasi secara keseluruhan.

MASALAH YANG SERING DIHADAPI OLEH ORGANISASI:

  1. Kurangnya komunikasi dan kerjasama. Tidak mempunyai komunikasi yang baik, ada maklumat yang sepatutnya sampai tidak diterima. Terlalu banyak salah faham dalam pasukan.
  2. Kepimpinan dan motivasi yang kurang. Kekuatan kepimpinan kurang efektif, tidak bermotivasi untuk mencapai tujuan yang sama.
  3. Potensi diri yang tidak digali dengan baik. Apabila tidak mengenali kekuatan dan kelemahan, ianya menghambat perkembangan diri dan tidak dapat menghasilkan hasil yang optimum.
  4. Tidak mempunyai matlamat yang jelas. Pasukan tidak mempunyai tujuan yang jelas, tidak tahu apa yang dimahukan oleh organisasi. Maka mereka merasakan tiada kepentingan untuk melakukan tugasan dengan baik dan efisien.
  5. Menangani Konflik. Ada banyak konflik dan ketegangan di tempat kerja sehingga ada yang mengganggu produktiviti dan merudumkan motivasi. Akhirnya akan menyebabkan individu tidak mencapai kekuatan dan potensi mereka.

Objektif Program

Matlamat utama kursus ini adalah untuk membina dan meningkatkan komunikasi dan kerjasama dan kepimpinan di dalam organisasi dan pasukan dalam organisasi. Meningkatkan kepercayaan diri dan motivasi. Hasilnya akan membangun suasana kerja yang positif dan produktif dalam diri seterusnya mencapai prestasi kerja yang baik.

 

Hasil Program Ini

Selepas selesai mengikuti program ini, peserta akan:

  1. Meningkatkan kerjasama dan komunikasi dalam organisasi antara pasukan dan pengurusan.
  2. Mengenalpasti dan mengembangkan kemampuan potensi dalam diri.
  3. Meningkatkan kepercayaan diri dan memotivasikan rakan pasukan.
  4. Mengenal karakter diri dengan mendalam dari segi kekuatan dan kelemahan.
  5. Memupuk persekitaran kerja yang harmoni melalui kerjasama organisasi berkesan dan kesihatan mental yang baik.

Kenapa Organisasi Anda Perlu Program Teambuilding Ini?

Tingkatkan Kerjasama

Memperbaiki komunikasi dan kerja berpasukan.

Asah Kepimpinan & Motivasi

Bina kepimpinan dan dorongan mencapai matlamat.

Gali Potensi Diri

Kenali kekuatan dan kelemahan untuk berkembang.

Matlamat Pasukan Jelas

Fahami tujuan organisasi dengan lebih baik.

Urus Konflik

Belajar cara menangani konflik dengan berkesan.

Naikkan Produktiviti

Pasukan serasi menghasilkan keputusan lebih baik.

Penceramah

DR AZURA HASHIM

TRANSFORMATIONAL SPEAKER
COACH
| PENULIS

KEPAKARAN

  • Kepimpinan dan Komunikasi
  • Neuro Linguistic Program
  • Analisis Tulisan Tangan – Pengurusan Pasukan
  • Pengurusan Tekanan dan Kesihatan Mental
  • Pembangunan Diri dan Pasukan (Strategic Team Building)

Dr. Azura Hashim ialah seorang jurulatih, coach, dan penulis yang bersemangat untuk menyebarkan pengetahuan tentang pembangunan diri dan manusia kepada orang ramai. Beliau mempunyai lebih 23 tahun pengalaman dalam sektor korporat termasuk telekomunikasi, pendidikan, pemasaran, dan kewangan. Dr. Azura telah berkongsi kepakarannya dengan lebih 25,000 peserta melalui program pembangunan diri. Beliau mempunyai aspirasi tinggi untuk membantu orang sekeliling meningkatkan kecekapan, kemahiran, dan potensi diri. Dengan kepakaran beliau yang digabungkan dengan pengalaman industri, Dr. Azura percaya beliau mampu menyumbang kepada masyarakat untuk mencapai kejayaan yang lebih besar dalam kehidupan, organisasi, dan negara keseluruhannya.

AS SEEN ON

Kami adalah Registered HRD Corp Training Provider

Program latihan dari kami berdaftar dengan HRD Corp. Hubungi kami untuk menggunakan dana HRD Corp syarikat anda.

Latihan Berimpak Tinggi

Dengan pengalaman yang terbukti selama lebih 10 tahun, pasukan kami bersedia untuk membantu anda mencapai matlamat anda, dan lebih lagi.

5.0 Google Review ⭐⭐⭐⭐⭐

Lead Trainer kami, Dr Azura Hashim mendapat Rating 5.0 di Google Review dan telah dinobatkan sebagai Successful People in Malaysia.

Barisan Trainer Berkaliber

Trainer-trainer kami mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang masing untuk membantu organisasi anda capai matlamat.

Antara
Pencapaian
Kami

25,000 +

peserta telah ikuti program kami secara offline dan online.

30+

Modul latihan yang boleh anda pilih

1,000 +

sesi latihan secara offline dan online telah dilakukan.

10+

konsultan yang pakar dalam bidang masing-masing

Antara Gambar Sekitar Program

Antara Testimoni Program

Antara Klien Kami

HUBUNGI KAMI

Mahukan perkembangan syarikat Yang Lebih Cemerlang?

Perlu cara dan teknik tambahan untuk team kekal bersemangat dan produktif dalam syarikat anda?

Isi borang di bawah untuk kami cadangkan solusi untuk anda.

Shopping Cart