Eh air ni kotor lah… Boleh minum ke?
Jika ada sebotol minuman, setelah diteliti rupanya air kotor. Yang tidak sesuai untuk kita minum.
Mengetahui air itu kotor, kita mengambil keputusan untuk tidak meminumnya dan buang. Dapatkan air lain yang bersih dan baik.
Begitulah di dalam kehidupan, kita boleh ‘filter’ untuk menerima hanya yang baik sahaja. Tak perlu memasukkan yang sebaliknya ke dalam diri kita. Kita boleh mencegahnya.. Allahu Ya Maani’
Didalam kelas, biasanya saya akan berkongsi mengenai Teknik KMD. Ini adalah antara teknik pantas untuk tenang dan bahagia.
Langkah-Langkah Untuk Tenang Dan Bahagia Dengan “Teknik KMD”
- Kenali – Kita kenal dan fahami siapa di sekeliling kita. Setiap insan Allah titipkan dengan 2 elemen, iaitu kebaikan dan keburukan.
- Maafkan– Oleh itu, tugas kita hanya maafkan mereka. Jangan ambil hati. Sebab kita pun sememangnya ada keburukan. Cuma baiknya Allah tutup semua aib kita.
- Doakan – Doakan pengampunan dan juga rahmat daripada Allah SWT. Di sini perlu ditekankan, jangan pentingkan diri apabila berdoa. Kita doakan buat semua juga moga Allah merahmati dan meredhai kita semua.
Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid.
Sepertimana yang difirmankan Allah didalam surah A-li’Imraan 3, ayat 159:
“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.
Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.”
(A-li’Imraan 3:159)
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial
Wallahua’lam
Lahawlawala Quwwata Illa Billah
Nak tahu rahsia hidup tenang dan lebih bersemangat?
Jom miliki Jurnal Grafologi Diri ini yang mampu membimbing perubahan hidup anda!