Perjanjian Transformasi Diri Anda

perjanjian yang bakal transformasi diri

“Dimulai dengan perubahan yang kecil, mampu membuahkan hasil yang jauh lebih besar.” – Ankita Singhal

Masih tetap berada di zon selesa dan kurang keyakinan diri?

Maka, anda perlu tranformasi diri dengan melakukan perubahan walaupun dimulakan dengan langkah yang kecil, itu tetap sebuah pencapaian. Tambahan pula, dengan kegigihan dan semangat yang tinggi nescaya impian anda pasti tercapai.

Maksud Transformasi Diri

 

Transformasi atau perubahan adalah satu aturan dalam kehidupan kita untuk menggapai satu titik kemajuan.

Dengan transformasi diri, ia dapat mengubah kualiti kehidupan dan juga jati diri kita ke arah yang lebih baik daripada yang sebelumnya. Justeru itu, kita juga seharusnya bertindak lebih proaktif dalam berusaha untuk meningkatkan harga diri ke tahap yang lebih tinggi.

Seterusnya, apakah langkah asas untuk transformasikan diri yang boleh anda mulakan sekarang? Mari kita rungkaikan satu-satu!

5 Perjanjian Yang Bakal Transformasikan Diri Anda

 

1. Jangan Membuat Andaian Sendiri

 

Beranikan diri untuk bertanya soalan dan ekspresikan apa yang anda benar-benar mahukan.

Berkomunikasilah dengan jelas supaya perkara-perkara seperti salah faham, kesedihan dan isu drama dapat dielakkan daripada terjadi.

 

2. Jangan Mengambil Kata-Kata Secara Peribadi

 

Apabila seseorang melakukan sesuatu terhadap anda, tetapi segala perbuatannya itu tiada kaitan langsung dengan anda. Ini kerana kadang-kadang kita terlalu mengambil hati dengan kata-kata negatif yang dilontarkan kepada kita secara peribadi, padahal ianya secara tanpa sedar adalah daripada projeksi dalaman diri mereka sendiri.

Kerana apa yang ada di dalam diri kita sahaja akan terpancar di luar. Jika fikiran dalamannya baik, maka kata-katanya yang akan dilontarkan juga baik.

 

3. Sempurnakan Kata-Kata Anda

 

Berkatalah dengan memilih perkataan yang anda benar-benar maksudkan. Bercakap dengan resepi integriti.

Cuba hindari perbualan yang menjurus ke arah gosip tentang orang lain atau kata-kata yang mensabotaj diri anda sendiri. Gunakanlah ‘The Power of Words’ yang anda ucapkan itu ke arah kebenaran dan sayangilah diri anda sendiri dan orang lain.

 

4. Sentiasa Melakukan Yang Terbaik Untuk Transformasi Diri

 

Kita akan sentiasa terdorong untuk melakukan sesuatu perubahan daripada semasa ke semasa. Jadi, lakukanlah yang terbaik untuk setiap perjalanan dalam proses perubahan yang dilalui itu.

Agar dapat menghindari rasa tidak berpuas hati, menyesal dan terlalu menghukum atau menghakimi diri sendiri dengan cara yang tidak sihat.

 

5. Bersikap Skeptikal Tetapi Belajarlah Untuk Mendengar

 

Jangan percaya kepada diri sendiri dan orang lain. Ya, untuk ‘kes’ ini sahaja. Gunakanlah’The Power of Doubt’ untuk mempersoalkan segala sesuatu yang pernah anda dengarkan: Adakah ianya benar?

Cuba dengarkan kembali sesuatu ‘maksud’ yang mungkin tersembunyi disebalik kata-kata tersebut, dan anda akan memahami maksud mesej yang sebenarnya.

 

Artikel ini di inspirasikan daripada penulisan

Don Miguel Ruiz, seorang penulis dari Mexico yang membawa tema penulisan ‘Self Empowerment’.

 

InshaaAllah… Segala perkongsian ini dapat kita hadamkan dan manfaatkan bersama-sama dengan izin Allah jua.

Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial

Wallahu’alam

Lahawlawala quwwata illa billah.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

Shopping Cart