Mempamerkan kasih sayang kepada kedua ibu bapa kita adalah sangat penting. Ini kerana ibubapa telah mencurahkan kasih sayang kepada kita sejak kecil.
Kita dituntut agar berbuat baik kepada kedua ibubapa dan tuntutan tersebut adalah suatu kewajipan yang perlu ditunaikan.
Maka atas dasar itulah Islam meletakkan satu tanggungjawab besar terhadap anak-anak sehingga digandingkan dengan persoalan mentauhidkan Allah SWT.
Firman Alllah SWT dalam surah Luqman ayat ke 14:
“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dari awal usia mengandung sehingga akhir menyusunya dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. Dengan demikian bersyukurlah kepada ku dan kedua ibu bapamu dan ingatlah kepada Aku lah jua tempat dikembalikan untuk menerima balasan”.
Jadi bagaimana kita nak kekalkan rasa kasih sayang walaupun sekiranya mereka sudah meninggal dunia?
Oleh itu, kita sebagai anak yang soleh dan solehah, mari mengamalkan cara-cara ini untuk mempamerkan dan menunjukkan kasih sayang sepenuhnya kepada ibubapa kita!
Cara-Cara Mempamerkan Kasih Sayang
1. Berdoa kepada ibu ayah
Setiap benda yang kita buat baca Al-Quran, bersedekah dan kita niatkan bacaan kepada ibu dan ayah.
2. Menjadi duta kepada ibu ayah yang sudah tiada
Berbuat baik, jadi baik. Jika berbuat baik maka kita memberi tanggapan yang baik dari orang lain kepada ibu dan ayah.
3. Menyambung silatulrahim dengan kawan-kawan ibu ayah
Walaupun, bila ibu ayah meninggal dunia Nabi menyuruh kita menyambung silatulrahim , persahabatan dengan kawan-kawan arwah ibu ayah.
4. Sambung legasi ibu dan ayah
Contohnya ayah kita suka sangat memberi makan kepada kucing-kucing liar, jadi apabila ayah sudah meninggal dunia sambunglah berbuat demikian kerana itu legasinya.
Semoga Allah Ya Wahhab menempatkan ibu bapa kita di kalangan penghuni syurga yang tertinggi.
Aamiin
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah