Setiap kali tanya… “Siapa yang nak hidup dia Best?”
Semua angkat tangan penuh semangat dengan muka yang sangat ceria.
Jadi di sini ingin saya kongsikan Formula mudah untuk hidup yang best.
Amalkan Formula 3B Ini Untuk Kehidupan Yang Best!
1. Berbuat Baik
Hidup ini perlu terus berbuat baik. Walau dicampak batu, kita balas dengan senyuman.
“Tidak ada bahasa kebaikan melainkan kebaikan”(Surah Ar Rahman: 60)
Bayangkan, sekeliling kita ini hamba Allah dan umat Nabi Muhammad SAW.
Bilamana menggembirakan dan membahagiakan umat Nabi Muhammad yang lain, bayangkan reaksi Nabi bila melihat kita.
Dan apabila Nabi Muhammad gembira melihat kita membantu dan menggembirakan insan lain, bagaimana pula Allah memandang kita.
Masya Allah, hebatnya apabila mendapat pandangan dan kasih sayang Allah.
2. Berdoa
Sentiasa berdoa dan bermohon kepada Allah.
Sebagaimana firmaNya dalam ayat 60, Al Ghafir:“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
Ada 3 proses ijabah doa. Iaitu:
– Allah makbulkan terus doa-doa kita
– Allah berikan yang lebih baik daripada yang diminta
– Doa tersebut disimpan untuk sebagai saham ‘di sana’
3. Be zero with Allah
Serahkan segalanya kepada Allah. Buang ke’aku’an. Hiduplah di bawah pengurusan Allah Al Baa’ri, mengikuti cara-caraNya yang penuh kesempurnaan.
“dan aku sentiasa menyerahkan urusan ku bulat-bulat kepada Allah SWT (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah SWT Maha Melihat akan keadaan hamba-hamba-Nya”(Surah Al Ghafir, 44)
Lagi hebat apabila menghayati 99 nama-nama cinta Asmaul Husna.
Bersama Allah, segalanya Maha Terbaik.
Kita buat 3B itu untuk dapatkan rahmat Allah.
Bilamana turunnya rahmat kepada kita… Masya Allah.. Allahuakbar BEST!
Selamat menjalani hidup yang ‘Best!’ seiring menjadi abdi dan khalifah Allah yang cemerlang. In shaa Allah
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial
Wallahua’alam
Lahaulawalaquwwataillabillah