Tabiat kecil merupakan suatu tindakan yang kita lakukan secara berulang kali pada setiap hari. Tindakan tersebut akan menjadi satu tabiat akan memberi impak dalam hidup kita.
Oleh itu, tabiat yang baik beri peluang kepada diri kita semua untuk menyinar dan berjaya dalam kehidupan masing-masing sama ada dari segi kerjaya, pendidikan, produktiviti dalam kehidupan seharian dan sebagainya.
Mari lihat bagaimana 3 tabiat kecil yang boleh bawa ke arah perubahan dalam hidup kita.
3 Tabiat Kecil untuk Perubahan Dalam Hidup Kita
1. Berhenti melihat media sosial setelah bangkit dari tidur pada waktu pagi.
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan telefon sejurus bangun pagi akan menyebabkan kita mulakan hari tersebut dengan peningkatan stress dan menganggu emosi kita.
Ini kerana informasi yang kita terima banyak apabila menggunakan telefon dan berada di sosial media, serta menyebabkan produktiviti hari tersebut terbantut.
2. Bersungguh-sungguh untuk mencipta suasana bersendirian
Sebab kita harus mencipta suasana bersendirian untuk diri sendiri kerana ianya membantu untuk reset semula minda dan emosi kita dalam mod tenang, membina semula produktiviti diri serta meningkatkan rasa empati dalam diri kita.
Yang paling penting, waktu bersendirian tersebut sebaiknya kita manfaatkan untuk kenali diri kita yang sebenar dan beri peluang untuk sayangi diri kita serta merehatkan diri dari dunia luar.
3. Layan orang di sekeliling anda
Kuasa memberi khidmat (serving), layanan atau bantuan sebagai satu tabiat dalam kehidupan kita adalah perkara yang boleh mengubah hidup kita.
Memberi layanan kepada orang disekeliling kita memberi kita satu motivasi dan tenaga. Di mana, apa yang kita beri atau layanan kepada orang lain akan berbalik kepada kita semula.
Layanan yang kita boleh lakukan dalam skala kecil kepada orang terdekat dan sekeliling kita adalah dengan “bagaimana saya boleh menjadikan kehidupan seseorang lebih baik hari ini?”
Contoh, bantu ibu bapa mengemas rumah kerana kita tahu mereka amat sibuk dengan kerja, bagi kata-kata semangat kepada kawan kita yang akan interview kerja pada esok hari, sedekah barang keperluan kepada fakir miskin dan lain-lain lagi. Terdapat banyak cara lagi untuk bantu dan beri layanan baik kepada orang di sekeliling kita.
“The more we share, the more we have.”
—Leonard Nimoy.
Terdapat pelbagai lagi cara yang boleh kita aplikasi tabiat baik untuk kearah perubahan diri. Mulakan dengan sedikit demi sedikit dengan konsisten untuk memastikan diri kita terbiasa dengan rutin baharu tersebut. Yang penting sabar dan konsisten. Insha Allah kita boleh lakukannya.
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah