Menyeksa emosi adalah sesuatu yang memberikan impak yang besar dalam kesihatan mental, fizikal dan rohani.
Jika emosi anda tidak stabil, ia akan menjadikan fizikal juga terganggu. Keadaan ini boleh terjadi jika anda menindas dan menekan emosi tanpa sedari dengan menyimpan segala perasaan di dalam lubuk hati.
Di sini saya kongsikan antara tanda-tanda anda sedang menyeksa emosi sendiri tanpa sedari.
5 Tanda-Tanda Menyeksa Emosi Tanpa Anda Sedari
1. HILANG MINAT TERHADAP PERKARA YANG ANDA SUKA
Penindasan emosi sendiri boleh mencetuskan kemarahan, kesedihan, ketakutan dan rasa bersalah dalam diri sendiri. Secara tidak langsung, ia akan mengubah cara anda melihat atau menikmati sesuatu.
Sebagai contoh, dahulu anda suka bersukan tak kira sesibuk mana pun kerja anda, namun kini anda merasakan bersukan itu menjadi satu beban yang berat.
2. SUKAR UNTUK TIDUR MALAM
Pernah tak anda baring di atas katil dan ingin tidur tapi tak berhasil kerana emosi dan fikiran seakan berada awangan?
Ianya adalah kesan daripada otak anda yang sedang bekerja menyelesaikan masalah psikologi yang sedang anda alami. Oleh itu, otak yang mempunyai banyak kerja akan menjadi sibuk dan membuatkan anda sukar untuk tidur.
3. SERING KELETIHAN
Emosi yang ditindas dan ditekan bukan sahaja memberikan kesan mental tetapi juga kepada fizikal. Ini berlaku kerana otak anda menggunakan banyak tenaga untuk menyembunyikan perasaan anda.
Oleh itu, jika anda menyedari anda tidak dapat memberikan tumpuan terhadap sesuatu, ia adalah disebabkan emosi anda ditindas.
4. KEHILANGAN TEMAN RAPAT
Jika anda semakin jauh dengan mereka yang dahulunya rapat dengan anda, ia mungkin disebabkan oleh emosi yang tertekan.
Mereka yang rapat akan menyedari perubahan anda dan bertanya serta mungkin memaksa anda untuk berkongsi. Ia akan membuat anda lebih tertekan dan akhirnya hubungan persahabatan menjadi renggang.
5. MENGHADAPI KONFLIK PERHUBUNGAN
Apabila emosi anda bercelaru, otak anda sukar mengenalpasti sama ada anda gembira, sedih atau marah. Ia secara tidak langsung akan memberi tempias kepada pasangan dan hubungan anda.
Jadi jika anda menghadapi masalah dalam perhubungan ia berkemungkinan disebabkan oleh penindasan emosi yang anda tidak mahu dan takut untuk hadapi.
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah