Formula Kekal Fokus

Apa yang kita lihat setiap hari, siapa yang kita pilih untuk ikut, cerita bagaimana yang kita minat untuk baca dan dengar, itulah yang akan memberi kesan pada hati dan fokus kita dalam kehidupan.

 

Kita harus fokus dalam kehidupan nyata, kerana hidup ini harus terus berjalan dan keperluan perlu dipenuhi dengan perjuangan.

 

Bagaimana untuk kita kekal fokus?

 

5 Formula Untuk ‘Stay Focus’

 

 

1. Kekal fokus dengan kurangkan ‘Multitasking’

 

Multitasking sebenarnya mampu menurunkan tahap kecergasan kita ketika bekerja.

 

Ketika otak mulai penat bekerja, daya konsentrasi dan kemampuan untuk fokus dalam sesuatu pekerjaan akan terganggu kerana otak perlu bekerja lebih bagi menyelesaikan pelbagai kerja.

 

“Multitasking is the ability to screw everything up simultaneously.”

– Jeremy Clarkson

 

2. Cari tempat yang sunyi dan tenang untuk kekal fokus

 

Kita akan lebih fokus apabila berada ditempat yang sunyi dan tenang. Dalam pejabat juga perlulah dalam keadaan yang bersih dan kemas agar kita lebih selesa untuk bekerja.

 

“Each life needs its own quiet place.”

 

3. Take a break

 

Kerja yang berterusan boleh meletihkan mental dan fizikal kita jadi berehatlah sebentar. Waktu rehat yang strategik dapat memberi diri kita tenaga, motivasi, inspirasi dan kreativiti untuk pekerjaan seterusnya.

 

“Once in a while you have to take a break and visit yourself.”

– Audrey Giorgi

 

4. Menumpukan tugasan pada masa tertentu

 

“Success is build sequentially. It’s one thing at a time.”

– Gary W. Keller

 

Utamakan sesuatu tugasan pada masa tertentu dengan meletakan target kerja. Abaikan perkara-perkara lain yang mengganggu tumpuan.

 

Kita harus mencipta “work schedule” sendiri bagi memastikan kerja tidak tertangguh atau meleret.

 

5. Amalkan ’20-20-20 Rule’

 

Menggunakan peraturan 20-20-20 ini dapat membantu mencegah masalah ini. Peraturan mengatakan di mana bahawa setiap 20 minit yang kita habiskan untuk melihat skrin, kita haruslah melihat sesuatu yang berjarak 20 kaki selama 20 saat.

 

Amalan ini adalah kaedah terbaik untuk mengingatkan kita untuk berehat seketika.

 

formula kekal fokus

 

Fokus semula kepada kehidupan kita. Kita cuma boleh kawal apa yang ada dalam tangan kita. Pemikiran, percakapan, perbuatan, segalanya boleh dikawal. Oleh itu kawal lah dengan sebaiknya.

 

“What you stay focused on will grow.”

– Roy T. Bennett

 

Jom kekal fokus dan bersemangat dalam melaksanakan tugas dan kehidupan.
 

Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial
 
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

Shopping Cart