Formula Rahsia Orang Yang Kuat Dalam Kehidupan

Rahsia orang yang kuat dalam kehidupan adalah kekentalan dan kegigihan dalam mengharungi cabaran hidup.

 

“Tough times never last, but tough people do.”

– Robert H. Schuller

 

Cabaran hidup akan sentiasa datang dari pelbagai arah.

 

Namun, untuk menjadi orang yang kuat dalam menghadapi halangan-halangan tersebut terdapat beberapa formula rahsia yang boleh dipraktikkan.

 

Jom ketahui formula-formula rahsia ini untuk menjadi seorang yang hebat dan kuat dalam menghadapi kehidupan ini.

 

 

3 Formula Rahsia Untuk Jadi Orang Yang Kuat Dalam Kehidupan

 

rahsia orang yang kuat

 

1. Belajar kawal diri dan emosi

 

Ini antara jihad yang sangat memerlukan kekuatan dimana kita melawan diri sendiri.

 

Jangan biarkan emosi kita mengawal hati dan minda. Jika emosi tidak dapat dikawal, dan kita akan tercenderung untuk mengeluarkan perkataan yang mneyakitkan atau tindakan di luar kawalan.

 

Kita hanyalah manusia biasa tetapi untuk menjadi orang yang luar biasa bila kita berjaya kawal diri dan emosi ini, inshaaAllah.

 

“You own your feelings, your thoughts. You control both. No one has the right to any of it—to any of you without your permission.”

– Carlos Wallace

 

rahsia orang yang kuat

 

2. Redha dengan segala takdir

 

Sekuat apa pun keinginan kita, tidak akan mampu meruntuhkan tembok takdir Tuhan. Terima dengan redha segala ketentuan kerana kita tidak mampu mengubahnya.

 

Redha ini adalah kunci kekuatan buat diri kita. Bila kita redha dengan takdir yang Allah atur, maka kita akan menjadi tenang.

 

 

3. Terima apa sahaja dengan hati yang terbuka

 

Kadang apa yang kita rancang tak seindah perancangan Allah. Setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya yang tersendiri. Sesuatu itu terjadi sebagai pengajaran untuk kita kenal lebih kehidupan ini.

 

Menerima dengan berlapang dada. Setiap kali ujian melanda, cuba kita positive, ada hikmah ini, jangan biarkan kesedihan tu menutupi segalanya.

 

“When you live with an open heart, unexpected, joyful things happen.”

– Oprah Winfrey

 

 

Selagi kita bernyawa, kita sentiasa mempunyai peluang untuk muhasabah dan memikirkan kembali setiap tindakan kita, dan teruskan membuat perkara tepat selagi berpeluang, inshaaAllah.

 

Ambil setiap peluang yang ditawarkan dan alami cabaran untuk semakin matang.

 

Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial

Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

Shopping Cart