Bagaimana Untuk Menjadi Apa Yang Ingin Kita Jadi

semangat di tempat kerja

Bagaimana Untuk Menjadi Apa Yang Ingin Kita Jadi?

 

Dalam hidup ini mesti ada sesuatu yang kita ingin jadi. Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah masa depan milik kita.

 

Ketahuilah bahawa esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.

 

 

4 Strategi Bagaimana Untuk Menjadi Apa Yang Ingin Kita Jadi

 

 

1. Mempunyai Visi Yang Jelas

 

Perkataan visi ini sering kita dengar. Tapi adakah kita mengaplikasikannya?

 

Visi merupakan gambaran akan situasi mengenai arah kemana tujuan perjalanan dan apa yang ingin dicapai selanjutnya.

 

Tanpa visi yang jelas, kita akan berada di tempat yang sama. Visi juga merupakan salah satu faktor kejayaan dalam kehidupan kita.

 

“Vision without execution is delusion.” – Thomas A Edison

 

 

2. Kekal Dengan Visi Dan Cari Langkah Seterusnya

 

Apabila kita telah mempunyai visi yang jelas, kekalkannya. Baru akan datangnya motivasi dalam diri kita untuk memulakan sesuatu.

 

Setelah kita mempunyai visi, boleh diteruskan dengan melaksanakan misi. Misi adalah cara dan langkah yang boleh kita lakukan saat ini juga demi mewujudkan visi yang sudah kita rencanakan.

 

 

3. Tetapkan Matlamat Bulanan

 

Kita seringkali gagal dalam usaha mencapai matlamat hidup. Tanpa matlamat, kita akan sering berputus asa di tengah jalan. Setelah kita mempunyai matlamat, tetapkan sasaran matlamat. InshaaAllah keberhasilan akan terlihat.

 

 

4. Wujudkan Habit Berdasarkan Matlamat

 

“Motivation is what gets you started. Habit is what keeps you going.” – Jim Rohn

 

Habit yang kita laksanakan akan memberi kesan terhadap matlamat kita. Ia akan mendorong dan membantu kita merealisasikan matlamat, sekaligus membantu kita berjaya inshaaAllah.

 

menjadi apa yang ingin kita jadi

 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.”

(Surah Ar-Ra’d 13:11)

 

Let’s strive for success

 

Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial

 

Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

Shopping Cart