Masa itu adalah emas dan kita sebagai manusia perlu belajar urus masa dengan baik agar hari kita akan menjadi lebih efisien dan produktif.
“The bad news is time is flies, the good news is you’re the pilot.” – Micheal Altshuler
4 Tips Masa
1. Atur aktiviti harian dengan baik
Aktiviti harian sangat sinonim dengan diri kita. Pelbagai aktiviti dan rutin dilakukan dan berbeza mengikut setiap individu.
Buat ‘list-to-do’. Cara ini akan membantu kita menilai dan menentukan keutamaan tertinggi kita dalam kehidupan.
“Do what is right, not what is easy.” – unknown
2. Utamakan yang penting dahulu
Lakukan perkara yang penting dan bermanfaat dahulu agar perkara itu tidak tergendala. Hal ini mengikut keperluan kita untuk menghadapi hari tersebut.
Kita boleh mengubah lengkok hari kerja anda secara drastik untuk benar-benar memanfaatkan sebahagian besar masa kita di pejabat dan di rumah. Strategi ini dapat membantu kita menilai dan menentukan keutamaan tertinggi kita.
3. Kenalpasti halangan dalam melakukan apa yang disusun
Kehidupan ini tidak semestinya berjalan seperti yang direncanakan. Tetapi kita berusaha agar ia berjalan mengikut apa yang dirancang. InshaaAllah. Ketahuilah bahawa Allah itu dah menyusun atur perjalanan hidup kita.
4. Selesakan ruang bekerja
Jika persekitaran kita selesa, kita akan akan berasa lebih bersemangat dan mempunyai aura positif untuk melakukan kerja. InshaaAllah.
“Kehilangan waktu itu lebih sulit daripada kematian, karena kehilangan waktu membuatmu jauh dari Allah dan Hari Akhir, sementara kematian membuatmu jauh dari kehidupan dunia dan penghuninya saja”.
(Ibnu al Qayyim)
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah