Kendalikan Emosi Diri

kendalikan emosi diri

Bila kita cakap tentang emosi, ia seringkali berkait dengan Marah. Ia merupakan emosi biasa yang ada pada setiap manusia. Namun, marah yang keterlaluan akan membawa banyak perkara negatif seperti menjejaskan imej sendiri dan hubungan anda dengan orang lain.

 

TIPS MENGENDALIKAN EMOSI DIRI

 

a) Meluahkan perasaan apabila sudah tenang

Apabila anda sudah tenang, luahkan kekecewaan dengan tegas dan jelas namun masih mengawal intonasi suara anda.

 

b) Berfikir sebelum bercakap

Apabila perasaan marah itu datang, tarik nafas. Ambil masa untuk berfikir sebelum bercakap kerana marah ini akan dipengaruhi oleh emosi yang tidak stabil. Belajar untuk kendalikan emosi diri. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

 

c) Cari penyelesaian mudah

Daripada fikir tentang perkara menggugat emosi, lebih baik cari penyelesaian terhadap masalah yang sedang dihadapi. Ingat, marah tidak boleh memperbaiki apa-apa, malahan membuat sesuatu perkara itu makin teruk.

 

d) Rehatkan diri dan minda

Cari aktiviti yang membuatkan anda tenang. Anda boleh mendengar muzik, melukis atau melihat pokok-pokok diluar bangunan.

 

e) Jangan menyimpan dendam

Percayalah, memberi kemaafan sangat berkesan untuk menenangkan diri anda. Ia membantu untuk kendalikan emosi diri. Bukan itu sahaja, kemaafan juga membolehkan anda belajar sesuatu atau mengambil pengajaran daripada situasi tersebut.

 

kendalikan emosi diri

Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial

Wallahualam

Lahawlawala quwwata illa billah

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

Shopping Cart