Urus masa dengan efektif agak sukar untuk dilaksanakan sekiranya tidak mempunyai perancangan harian yang baik.
Pasti ada diantara kita yang merasakan agak sukar dalam membahagikan masa supaya menjadi lebih produktif.
Menjadi lumrah manusia, kita akan menjadi puas apabila matlamat kita berjalan sesuai seperti rancangan.
Ikuti 7 langkah ini dalam urus masa dengan efektif
1)SEDIAKAN JADUAL HARIAN
Satu pekerjaan yang dihasilkan adalah gabungan daripada semua perkara kecil yang dilakukan. Dengan membuat senarai tugasan untuk hari esok akan menjadikan anda lebih fokus dan peka dengan tugasan yang ada seterusnya meningkatkan semangat dan motivasi diri apabila dapat melihat apa yang telah dicapai.
2)SENARAIKAN PERKARA YANG INGIN DILAKUKAN
Untuk mengurus masa dengan baik, anda perlu senaraikan perkara yang ingin dilakukan. Sebagai contoh, bangun awal pagi pukul 5 pagi. Pada waktu ini, masa anda dapat digunakan dengan perkara produktif seperti memasak, bersenam dan membuat rancangan seharian.
3)TETAPKAN MATLAMAT YANG INGIN DICAPAI
Matlamat adalah sesuatu yang mampu melahirkan cita-cita anda. Sebelum mengejar mimpi, mulakan dengan menetapkan matlamat anda. Sekiranya anda tidak mempunyai matlamat, wujudkannya. Sekurang-kurangnya ada matlamat dari tiada langsung sama sekali.
4)BAHAGIKAN AKTIVITI HARIAN MENGIKUT KEPERLUAN
Aktivi harian anda harus dibahagikan mengikut kepentingan. Aktiviti yang keutamaan paling mendesak harus di laksanakan dahulu diikuti dengan yang kurang penting.
5)TETAPKAN HAD MASA DALAM SETIAP KERJA
Selesaikan tugasan sedia ada dahulu sebelum lakukan tugas lain. Sentiasa peka dengan jadual sebelum memulakan tugas yang baru agar kita lebih fokus dalam menyelesaikan tugasan yang kita perlu lakukan.
6)GUNAKAN PLANNER DALAM MERANCANG AKTIVITI
Planner adalah satu alat produktiviti yang penting dalam merancang aktiviti, membuat catatan seperti catatan kewangan serta to-do list. Terdapat pelbagai bentuk planner termasuk dalam bentuk digital atau fizikal seperti buku.
7)KEKALKAN AKTIVITI HARIAN ANDA DENGAN SEBAIK MUNGKIN
Istiqamah dalam melaksanakan aktiviti anda. Kejayaan tidak datang dengan sengaja. Untuk kecapinya kita perlu melakukan perkara yang betul setiap hari. Pastikan anda menjejaki aktiviti harian anda.
Sehingga kita dapat menguruskan masa, kita tidak dapat menguruskan perkara lain. – Peter Drucker
Semoga bermanfaat
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial
Dr Azura Hashim❤