Hidup bukan Perlumbaan

hidup bukan perlumbaan

Hidup bukan perlumbaan!
 
 
Tidak ada yang perlu dikejar melainkan menjadi khalifah yang taat kepada perintah Allah di muka bumi ini.
 
 
“Rasa tercabar apabila kawan-kawan lebih hebat dari kita.”
 
 
“Rasa diri ini kecik je apabila nak dibandingkan dengan kawan-kawan lain”
 
 
Ketahuilah yang hidup bukan perlumbaan kerana kita ada ‘timeline’ kita sendiri atau lebih tepat, rezeki.
 
 
Perlu ingat juga, rezeki itu bukanlah hanya terletak pada wang ringgit semata. Bayangkan kalau semua orang menjadi kaya, apa akan jadi dengan kehidupan kita? Fikirkan…
 
 

1. TERLALU KOMPETITIF

 
Tidak perlu menjadi terlalu kompetitif kerana ia hanya akan membuat anda stress memikirkan anda belum mencapai seperti orang lain ada.
 

2. HIDUP BUKAN UNTUK BERLUMBA

 
Hidup bukan perlumbaan, hanya sementara, tidak ada Menang dan Kalah melainkan ujian kehidupan sebelum ke Syurga dan Neraka di akhirat kelak.
 

3. JADI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM

 

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

 
Cukup menjadikan diri lebih baik dari semalam. Syukuri nikmat yang sedia ada dan Allah akan menambah rezeki bagi orang-orang yang bersyukur.
 
Tidak perlu terjadi perlumbaan antara kita. Kerana semua yang kita peroleh itu rezeki. Usahanya pada kita, rezekinya dari Allah. Namun ada satu perkara yang kita mesti berlumba lumba melakukannya;
 
 

Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu,
 
dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi,
 
yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah,
 
diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.
 
-Al-Hadid, 57:21

hidup bukan perlumbaan
 

Life’s a journey NOT a race!

 
Semoga Bermanfaat
 
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
 
Jom join channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial
 
Salam sayang,
Dr Azura Hashim❤

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

Shopping Cart