Rasa “annoying” kan bila berjumpa dengan orang yang tidak menepati waktu?
Urusan itu menjadi sedikit kacau dengan sikap yang begini.
Jadi kalau kita ada rasa macam tu, kita perlu ubah diri kita dan cuba elak perkara ini berlaku.
Setiap manusia di muka bumi ini diberikan tempoh waktu yang sama dalam sehari tak lebih tak kurang iaitu 24 jam atau 1440 minit atau 86400 saat .
Namun, mengapakah masih terdapat pelbagai jawapan yang diberikan sekiranya diajukan soalan tentang kecukupan 24 jam sehari?
Sebenarnya,semua bergantung kepada kemahiran seseorang itu untuk menguruskan masa dalam kehidupan seharian.
3 KEUNTUNGAN MENEPATI WAKTU
1. MEMPEROLEH RASA HORMAT
“You gain what you give”.
Menepati masa adalah seperti anda menghormati orang lain dan orang pula akan menghormati anda sebagi balasannya.
2. URUSAN BERJALAN LANCAR
“Punctuality is the first impression” Orang akan rasa kagum dan gembira untuk berurusan dengan anda. Anda telah berjaya untuk menambat hati dengan cara menepati janji waktu.
3. MEMBUKTIKAN ANDA BOLEH DIPERCAYAI
Kadang-kadang apabila kita nak berurusan dengan perkara yang besar, kita akan rasa gugup dan gementar. Jadi kalau kita sampai awal, kita akan ada masa untuk tenangkan diri sebelum berurusan.
In shaa Allah, semoga bermanfaat!
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam sayang,
Dr Azura Hashim❤
Link ke telegram #notakehidupanDrAzura
https://t.me/drazuraofficial