Manfaat travel ada banyak.
Paling selalu kita dengar untuk berehat setelah penat bekerja.
Tidak kira seorang diri mahupun berteman, semua orang suka mengembara.
Apa yang paling anda suka bila pergi travel?
Hari ini saya nak berkongsi 3M yang anda akan dapat bila pergi travel
Menenangkan diri
Selepas penat mencari duit, apa salahnya belanja sikit duit untuk memanjakan diri. Orang kata ‘self reward’.
Kerana sangat bagus untuk menjaga kesihatan mental dalam memberikan motivasi untuk buat lebih baik.
Tidak kira travel bersama keluarga atau seorang diri, anda pasti akan gembira kerana travel banyak manfaat.
Melatih sifat syukur dalam diri
Bila kita berjalan dan lihat sekeliling, kita mungkin akan nampak perbezaan kehidupan kita dengan orang lain.
Kita akan lebih bersyukur kerana bahagia dengan kehidupan sekarang walaupun sedang ada masalah.
Menambah ilmu
“Ilmu pelita hidup”
Kata hikmat ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu kerana ianya adalah kefahaman manusia terhadap suatu perkara iaitu ia merupakan kefahaman yang sistematik dan diusahakan secara sedar.
Menambah ilmu dengan melihat kekuasaan dan keindahan yang Allah SWT ciptakan seperti lautan, gunung-ganang dan bulan bintang untuk kita di dunia ini.
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam sayang,
Dr Azura Hashim
Jom singgah telegram saya untuk mendapatkan lebih banyak info yang bermanfaat Inshaa Allah #notakehidupanDrAzura
https://t.me/drazuraofficial