Latih senangkan hati perasaan sedih yang wujud disebabkan oleh pelbagai sebab seperti teguran dari orang atasan atau kehilangan orang yang dicintai.
Pagi-pagi dah muram? ?
Pagi lagi dah badmood? ☹️
Kadang-kala kerana marahkan orang lain, diri anda yang akan menerima kesan yang buruk. Ia boleh menghancurkan mood anda sepanjang hari.
Siapa setuju?
Mood ini sangat berkait dengan hati. Jadi kita perlu melatih hati kita untuk menjadi lebih baik setiap hari supaya kehidupan kita tenang.
Setiap hari berhadapan dengan berbagai bentuk emosi, contohnya perasaan sedih. Untuk mengatasinya, ada beberapa petua senang hati yang boleh kita amalkan.
Walaupun boleh bersedih dan menangis, emosi ini sukar untuk diredakan.
Jadi, bagaimana cara mengubah hati yang sedih menjadi senang?
3 PETUA LATIH SENANGKAN HATI
Latih hati untuk:
1) Bersangka baik
2) Berkata perkara baik
3) Bergantung kepada Allah, kurangkan kebergantungan kepada manusia
4) Bersyukur dengan nikmat Allah
5) Maafkan orang lain
Perubahan itu tidak perlu dilakukan secara drastic kerana ia mungkin akan membuatkan anda rasa tidak selesa.
Latih hati secara konsisten sehingga kita akan terbiasa dengan rutin yang baharu. In shaa Allah.
Jangan pernah membiarkan perkara-perkara remeh menjadi pemusnah hari anda.??
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam sayang,
Dr Azura Hashim ❤️
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial