?? ?????? ????????
Penat tak bila kita imbas balik kehidupan kita, masih sama dan tiada perubahan?
Rasa macam banyak waktu berlalu tetapi semua masih sama, tiada ada yang boleh diceritakan.
Cuba untuk melakukan 1 perubahan kecil dalam 1 hari. Jika anda konsisten melakukan selama 1 bulan, ia akan menjadi 30 perubahan baru dalam diri anda.
Contohnya, anda bersedekah diwaktu subuh RM1 setiap hari. Bayangkan dengan RM30 itu berapa kg beras yang boleh dibeli? Banyak kan? Silap-silap makan sebulan pon tidak habis.
Nak jadi lebih baik setiap hari tak perlu perubahan yang besar, cukup sekadar anda merasa menjadi lebih baik dari semalam.
3 STRATEGI BE BETTER EVERYDAY
1. Tak perlu bersaing dengan sesiapa kerana hidup ini bukan perlumbaan.Fokus dengan diri sendiri. Anda didalam masa yang tersendiri.Setiap orang ada perjalanan hidup yang berbeza ragamnya.
2. Anggap kegagalan sebagai pengajaran bukan balasan. Betul, kadangkala tak semua berjalan seperti yang dirancang tetapi semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.
3. Mencari lebih banyak ilmu di muka bumi ini kerana ilmu itu akan menambah nilai dalam diri anda.
“Semakin banyak yang aku pelajari, semakin banyak yang aku tidak tahu” –Imam Syafie
Semoga Bermanfaat
BE BETTER EVERYDAY!
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam sayang,
Dr Azura Hashim ❤
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial