Berada dalam hubungan yang toksik akan meninggalkan kesan yang mendalam di hati.
Pertengkaran yang terjadi terus-menerus boleh menyebabkan hilangnya kepercayaan diri dan perasaan tidak berharga.
Hal ini sangat mempengaruhi emosi dan mental kita yang awalnya baik-baik sahaja menjadi bermasalah.
Apa itu toksik relationship?
Toxic relationship ini wujud apabila seseorang terjebak dalam hubungan yang negatif, baik secara emosi mahupun fizikal.
Melepaskan sesorang yang disayangi itu sangat susah, jadi kita boleh mencuba untuk memperbaikinya dengan cara ini.
TIPS PERBAIKI HUBUNGAN TOKSIK
1. Sedar setiap orang pernah membuat silap termasuk diri sendiri.
Tidak ada yang sempurna di dunia ini. Oleh itu, terimalah seadanya kekurangan / kesiapan diri kita atau orang lain.
2. Sabar dan percaya pada proses perbaiki hubungan toksik tersebut.
Nak berubah memang susah, tetapi kalau tidak mencuba lagi parah. Bertindak lebih awal.
3. Tidak menyalahkan sesama pasangan kerana ianya hanya akan membuat keadaan bertambah negatif.
Masing-masing perlu merendahkan ego bagi memastikan proses membaiki hubungan itu berjalan lancar.
4. Berjanji melakukan perubahan bersama-sama bagi mendapatkan persefahaman dan ketenangan.
Berbincang dan mendengar pendapat antara satu sama lain adalah jalannya. In shaa Allah.
Semoga Bermanfaat.
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam sayang,
Dr Azura Hashim❤️
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial