Kaedah atasi kemarahan ada berbagai variasi dan caranya.
Namun, apa yang dimaksudkan dengan marah?
Marah memberi maksud satu emosi yang boleh wujud daripada situasi konflik. Kemarahan dapat dilihat dengan perubahan biologi yang ketara seperti degupan jantung pantas, tekanan darah meningkat dan menjejaskan kesihatan dalam jangka masa panjang.
5 KAEDAH ATASI KEMARAHAN
a) Melakukan senaman
Bersenam atau membuat aktiviti fizikal seperti berjalan mampu mengurangkan tekanan emosi. Ini dapat merangsang otak anda yang menyebabkan anda rasa lebih tenang dan bahagia.
b) Beri masa untuk diri sendiri
Apabila anda rasa emosi anda terganggu dengan perasaan marah, tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya dalam kiraan 10. Ini membantu untuk menenangkan diri anda.
c) Berwuduk dan berdoa
Doa ialah senjata yang paling kuat. Berdoa merupakan langkah yang amat berkesan untuk mengelakkan diri kita mudah rasa marah. Wuduk juga mampu meredakan kemarahan dan menenangkan fikiran.
d) Imbas kenangan manis
Katakan perasaan marah itu datang daripada orang yang anda sayang, tenangkan diri dan ingat semula kisah-kisah manis dengan mereka. Memori itu mungkin akan membuat anda tersenyum dan memaafkan kesalahan mereka.
e) Kekal positif
Percaya bahawa setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya. Perasaan marah itu normal dalam diri setiap insan cuma cara mengawal marah itu perlu dititik beratkan.
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam Sayang,
Dr Azura Hashim
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial