Menjadi orang sukses adalah impian semua orang.
Malah, kejayaan itu menjadi tunjang utama dalam kehidupan seseorang untuk berusaha lebih keras.
Sebelum itu, cuba fikir sejenak.. Apa yang anda betul-betul nak capai?
Sebenarnya, orang yang rasa dirinya belum berjaya akan merasakan
? Masih banyak masalah
? Banyak perkara belum selesai
? Banyak halangan
Sehingga terlupa perkara-perkara kecil yang sudah dia capai dan berjaya. Betul tak?
Contohnya, ada di kalangan kita yang terlalu memikirkan bahawa banyak duit itu tanda berjaya.
Tetapi kita alpa tentang mempunyai hidup yang tenang juga merupakan satu kejayaan.
Untuk menjadi orang sukses akan ada 5 sikap-sikap yang saya nyatakan ini.
? ???? ????? ????? ???? ????? ??????
1)MATLAMAT YANG JELAS
Tetapkan matlamat hidup anda, mulakan dengan membuat checklist.
2) JANGAN RAGU-RAGU
Buang rasa tidak yakin dengan diri sendiri, percayalah anda lebih hebat dari anda sangkakan.
3) FOKUS DENGAN IMPIAN
Apabila anda jatuh, cuba ingat kembali impian yang anda ingin capai dalam hidup.
4) BUANG RASA TAKUT
Takut dapat menyekat diri anda untuk berjaya dalam mencapai yang anda inginkan. Maka itu, cubalah mencari punca serta cara atasi ketakutan tersebut.
5) BERTANGGUNGJAWAB
Pentingnya tanggungjawab itu telah diungkapkan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu juga akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.
Jadi, untuk mencapai impian kita, ia perlu bermula dari fikiran dan emosi yang positif supaya kita dapat melakukan tindakan yang rasional. In shaa Allah
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam sayang,
Dr Azura Hashim ❤
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial