LOVE YOURSELF.
“Love yourself first, and everything else falls into line” – Lucille Ball
Kita sanggup melakukan apa sahaja untuk yang tersayang, tetapi sejauh mana kita cintai diri sendiri?
CARA MENCAPAI “SELF LOVE”
1. Pandangan terhadap diri sendiri jauh lebih penting berbanding pandangan orang.
Tanya pada diri, apakah pandangan kita terhadap diri sendiri?
Jawapan tersebut lebih berharga daripada mendengar pandangan negatif orang lain.
2. Bersyukur dengan kurniaan Allah dan berusaha mengejar redhaNya.
Bersyukur dengan apa yang kita ada, sentiasa redha dengan takdirNya.
Banyakkan berdoa Inshaa Allah dimakbulkan, Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan.
3. Tukar pemikiran negatif ke arah yang lebih positif.
Bilamana pemikiran yang negatif diwujudkan, ia seolah bayang-bayang yang menghantui kehidupan.
Sentiasa berdamping dengan circle yang positif.
4. Ajar diri untuk bersabar dan beri masa untuk diri sendiri belajar sesuatu secara berproses.
Jangan cepat berputus asa bilamana sesuatu perkara itu lambat untuk dicapai.
Ini kerana setiap proses itu perlu sama seperti proses terbentuknya Alam semestau atau pembentukan bayi semasa janin.
5. Menjauhi perbuatan yang tidak memberi manfaat kepada diri sendiri.
Hindari daripada melakukan perkara lagha.
6. Melazimi muhasabah diri dan bertaubat.
Ketika melakukan kesilapan, kita harus cepat sedar dan mengakui kesilapan serta berazam untuk tidak mengulanginya.
“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah swt daripada mukmin yang lemah” (Hadis Riwayat Muslim)
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah
Link ke telegram #notakehidupanDrAzura
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial