Ubah habit anda!
Tanya balik diri anda..
Apa yang perlu dibuat untuk gembirakan hati?
Juga bukan sekadar gembira tetapi menjadikan diri lebih baik dari sebelum ini.
Sebenarnya habit kita sudah menjadi sebati dalam hidup kita samada kita sedar ataupun tidak.
Nak ubah habit anda? Saya kongsikan 5 habit simple yang boleh kita melakukan perubahan. In shaa Allah
1. Mula menulis jurnal.
Banyak kajian telah membuktikan menulis jurnal boleh membantu dari sudut emosi anda.
Tabiat menulis membantu kita mengembangkan imaginasi dan kreativiti.
2. Bersenam sekali seminggu
Bersenam seperti berjogging atau berenang untuk mendapatkan oksigen yang cukup supaya badan kekal cergas.
3. Bersedekah setiap hari
Ganjaran sedekah paling sedikit adalah 10 kali ganda. Rebutlah peluang ini, di samping dapat membantu orang yang memerlukan. In shaa Allah
4. Melupakan kesalahan lalu.
Setiap orang pernah melakukan kesalahan.‘Move on’ dan cipta memori indah yang baru.
5. Dapatkan mentor atau coach
Belajar daripada mereka yang mahir dan berpengalaman untuk membantu dalam meningkatkan motivasi hidup anda bagi melakukan perubahan.
Tak perlu untuk berubah secara drastik kerana masing-masing ada ‘timeline’ kehidupan mereka.
Semoga bermanfaat.
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam Sayang,
Dr Azura Hashim ❤️
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial