Elak kata-kata negatif. Pernah tak anda ada kata-kata dalaman seperti ini❓
Rasa penat tak bila diri sendiri pon kita mengkritik❓
Kata-kata itu ibarat doa, apabila terlalu kerap
Ini adalah kata-kata yang negatif yang patut dielakkan supaya anda lebih memahami diri dan tenang menjalani kehidupan.
In shaa Allah.
1. Saya nak berjaya macam dia
‘We are on our own timeline’. Allah memberikan rezeki kepada kita tepat masa nya kerana Allah Maha Mengetahui segalanya.
Cukup kita jadikan seseorang itu sebagai inspirasi untuk kita buat yang terbaik dalam kehidupan kita.
Berbanggalah dengan diri anda sendiri, dan cuba menambah baik pencapaian hidup anda.
“Be who you are and say what you feel, because those who mind don’t matter, and those who matter don’t mind.”
― Bernard M. Baruch
2. Saya boleh buat semua benda
Setiap manusia ada kemampuan yang tersendiri. Tidak salah untuk bekerja keras mencapai sesuatu tetapi perlu ingat, rasa penat itu adalah normal dalam diri setiap manusia.
Jangan terlalu memaksa diri sehingga menyebabkan diri tertekan dan jatuh sakit.
3. Saya tidak buat yang terbaik
Elak kata-kata negatif ini dari berlegar minda.
Cuba buang perkataan putus asa dalam diri. Gantikan dengan kata-kata positif.
Anda boleh mencuba untuk buat lebih baik, In shaa Allah??
Jangan berputus asa dari rahmat Allah. – (Q.S Yusuf: 87)
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam Sayang,
Dr Azura Hashim❤️
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial