Luahkan emosi sebaiknya kerana jika tidak diluahkan dengan baik maka akan menimbulkan kesan buruk dan berpanjangan sehingga memudaratkan diri kita.
Berikut adalah tips-tips untuk meluahkan emosi dengan baik:-
• BERNAFAS DENGAN DALAM
Ketika anda beremosi, tarikan nafas dan nafas sedalam-dalamnya untuk aliran darah anda akan berjalan dengan dalamnya dari menyalurkan oksigen ke otak dan kemudian mengendurkan otot yang tegang dan anda boleh berfikiran jelas dan menenangkan diri.
• KOMUNIKASI
Komunikasi merupakan suatu kemahiran yang sukar dikuasai, khasnya ketika seseorang
sedang marah. Kita perlu meluahkan perasaan dengan cara yang betul dan tegas, terutama kepada orang yang rapat. Ini adalah kerana meluahkan dan berkongsi dengan seseorang boleh membuatkan kita rasa tenang.
• BERDOA
Setiap orang memiliki kepercayaan dan kekuatan iman yang berbeza. Cara yang paling mudah dan mujarab untuk mengatasi emosi adalah dengan berdoa dan meluahkan pada Tuhan. Berdoa mungkin tidak lama, tetapi kesannya segera boleh menenangkan diri anda.
• KAUNSELING
Sekiranya emosi sudah mengganggu kualiti hidup, cubalah bincang dengan seseorang yang profesional, yang mampu membantu anda mengendalikan emosi anda.
• MELAKUKAN AKTIVITI/HOBI YANG DIMINATI
Mengawal emosi dengan melakukan hobi yang diminati juga boleh mengubati seseorang yang berasa sedih ataupun marah kerana kita secara tidak langsung dapat melupakan seketika perasaan emosi tersebut kerana kita rasa lebih relaks dan tenang.
Akhir sekali, jangan pandang remeh dengan emosi yang nampaknya tidak berharga tetapi boleh mempengaruhi motivasi dan perkembangan dalam kehidupan seseorang. Ia perlu dilatih sejak kecil lagi untuk memastikan seseorang berkemahiran dan mampu menanganinya, inshaaAllah.
Link ke telegram #notakehidupanDrAzura
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial