Formula kebahagiaan. Memang sesuatu yang diimpikan oleh setiap orang. Bahagia itu sederhana. Tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun.
Bahagia bukan bermaksud kita memiliki apa yang kita cintai, tapi bahagia itu mencintai apa yang kita miliki dan syukurinya.
?. ????? ????? ????
“Tolonglah saudaramu yang menzalimi dan yang dizalimi”, Lalu seorang sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, kami memahami tentang menolong orang yang dizalimi, bagaimana menolongnya kalau dia seorang yang zalim? Nabi berkata (bermaksud): ” Kamu menghalang dan mencegahnya dari berbuat kezaliman. Itulah cara menolongnya”. (HR. Bukhari)
Sentiasa bantu dan permudahkan urusan orang lain dan jangan kita hanya pentingkan diri sendiri kerana kita semua hidup di bumi yang sama, menghirup udara yang sama dan mendapat cahaya matahari yang sama. Ingat! Ada ketika kita berada di atas, dan ada ketika kita berada di bawah.
?. ????? ?????? ????????
Setiap kebaikan yang kita harapkan untuk orang lain akan Allah balas dengan kebaikan yang lebih besar untuk kita dengan cara yang kita tak duga.
?. ????????? ??????
“Ketika kamu berada dalam posisi untuk membantu seseorang, berbahagialah! Kerana Allah SWT menjawab doa orang tersebut melalui dirimu.” – Nouman Ali Khan
Salam sayang,
Dr Azura Hashim❤️
Link ke telegram #notakehidupanDrAzura
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial