“NOMBOR” YANG TIDAK PENTING UNTUK ORANG LAIN
1. Berat badan anda
Berat anda hanya berguna untuk anda sahaja, setiap orang mempunyai berat masing-masing untuk dilihat.
2. Saiz pakaian anda
Tidak kira saiz S sehinggalah XL, saiz itu hanya anda yang sesuai dan tidak pada orang lain.
3. Jumlah ubat yang anda ambil
Ubat yang diambil tidak memberi apa apa definisi seperti tahap kesihatan atau kecergasan anda kerana kesihatan semua orang berada pada tahap berbeza.
4. Berapa banyak pendapatan anda
Ada yang pendapatan tinggi tetapi banyak hutang, ada pendapatan rendah namun bebas hutang dan lebih bahagia.
5. Berapa ramai pengikut anda
Jumlah pengikut anda tidak kira dari media sosial seperti Instagram dan Tiktok tidak melambangkan perbezaan darjat anda dengan yang lain kerana di mata Allah kita semua sama.
Kita sering meletakkan begitu banyak nilai kita pada beberapa nombor ini, jadi saya ingin berkongsi peringatan bahawa ini tidak mentakrifkan anda dalam apa jua cara.
Jangan biasakan menilai diri anda dalam nombor yang tidak penting ini demi kebahagiaan dan kesejahteraan diri, inshaaAllah.
Live your way and just do whatever that makes you happy! ?
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial
Salam Sayang,
Dr Azura Hashim