Tips kekal fokus.
“Dr, ada tips untuk nak fokus? Sebab saya susah nak fokus.”
“Kadang-kadang macam ‘blank’, apa kena buat ya tadi?”
Fokus ini bukan hanya untuk pelajar sahaja, tetapi buat semua orang.
Banyak sangat kes yang terjadi sebab isu ini seperti
‘anak meninggal lemas didalam kereta’
‘kena buang kerja’ dan sebagainya.
Sebab itu, kita jangan ambil mudah. Fokus ini boleh ditingkatkan melalui:
1. Kurangkan ‘multitasking’
Multitasking ada kebaikannya namun sekiranya sambil makan anda membuat kerja lain ia akan mendorong anda untuk makan lebih banyak daripada biasa. Bila anda hanya fokus kepada 1 kerja pada 1 masa, ia akan menjadi lebih efisien dan berkualiti. In shaa Allah.
2. Cari tempat kerja yang membuat anda tenang
Tenang dahulu, kemudian susun kerja yang perlu dibuat mengikut kepentingannya. Tempat kerja yang bising akan mengganggu fokus anda dan dapat memngurangkan motivasi untuk menyiapkan tugasan.
3. Menumpukan satu tugasan pada masa tertentu
Bila otak dan badan penat, sebab itulah terjadinya hilang fokus. Buat list to do sehari sebelum hari kejadian. Jadi, anda tahu apa aktiviti yang paling penting untuk dibuat dahulu dan fokus menyiapkannya dahulu.
Semoga Bermanfaat
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam sayang,
Dr Azura Hashim ❤
Link ke telegram #notakehidupanDrAzura
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial
Handwriting Personality dan Cara Mengenal Pembohong Melalui Tulisan Tangan
Handwriting personality atau analisis tulisan tangan ialah satu kaedah untuk mengenal pasti ciri-ciri dan sifat keperibadian seseorang melalui cara mereka menulis. Teknik ini membolehkan kita