Kawal Emosi Marah

tips kawal marah

Kawal emosi marah!
 
Emosi marah yang tidak dapat dikawal boleh merosakkan perhubungan, menjejaskan keterampilan diri, marah bukan tanda ketegasan, tetapi kegagalan pengurusan emosi.
 
Stress kerja?
 
Sehingga emosi terganggu?
 
Bila kita cakap tentang emosi, ia seringkali berkait dengan Marah. Ia merupakan emosi biasa yang ada pada setiap manusia.
 
Namun, marah yang keterlaluan akan membawa banyak perkara negatif seperti menjejaskan imej sendiri dan hubungan anda dengan orang lain.
 
Apabila anda sedang diuji dengan perasaan ini, kawal dengan melakukan 5 perkara ini supaya kita kita menyesal dengan tingkah laku kita semasa emosi tidak stabil.
 
 

Lakukan 5 perkara ini ketika anda tidak dapat kawal emosi marah anda

 

1. Mengingatkan diri sendiri jangan menyakiti orang lain

 
Jangan lepaskan tempias kemarahan anda kepada orang yang tidak terlibat. Kawal emosi marah anda!
 

2. Menarik nafas dalam-dalam dan melepaskan secara perlahan dalam kiraan 10

 
Kawalan pernafasan amat penting bagi memastikan diri anda dalam keadaan terkawal.
 

3. Kawal intonasi/nada suara anda supaya kekal rendah

 
Elakkan dari meninggikan suara semasa anda marah kerana ia akan membuatkan kemarahan ada semakin membuak.
 

4. Meminta bantuan/pandangan orang lain untuk menyelesaikan masalah

 
Sekiranya diri sendiri tidak mampu menyelesaikan masalah sedia ada, anda boleh meminta bantuan daripada orang yang anda percayai.
 

5. Ambil masa anda untuk tenang, istigfar, solat dan doa.

 
Nabi SAW pernah berpesan supaya segera berwudukk dan dirikan solat sunat dua rakaat apabila sedang marah bagimeredakan amarah dan mengusir syaitan yang membentuk sikap marah dan emosi yang tidak terkawal.
 
 
emosi marah
 
Semoga bermanfaat
 
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
 
Salam sayang,
Dr Azura Hashim❤️
 
Link ke telegram #notakehidupanDrAzura
 
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

Shopping Cart